Connect with us

Terkini

Muhyiddin disiasat atas kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar

Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Muhyiddin disiasat atas kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
  • “Pada jam 4.11 petang semalam, polis menerima satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan.
  • “Ia berhubung satu video tular di media sosial berkaitan sidang media oleh Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) selepas beliau didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.”
  • “Siasatan awal mendapati, video berdurasi 11 minit 11 saat itu dikatakan mempunyai unsur fitnah terhadap pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara (Anwar),” katanya dalam kenyataan, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Pada jam 4.11 petang semalam, polis menerima satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan.

“Ia berhubung satu video tular di media sosial berkaitan sidang media oleh Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) selepas beliau didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati, video berdurasi 11 minit 11 saat itu dikatakan mempunyai unsur fitnah terhadap pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara (Anwar),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut A Asmadi, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan terhadap Muhyiddin, semalam.

Laporan polis dibuat berhubung kenyataan Muhyiddin yang mendakwa kes mahkamah terhadapnya ada campur tangan politik.

Kamil berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat dan mengambil tindakan kerana ia mengundang pelbagai spekulasi buruk terhadap institusi penguatkuasaan dan kehakiman negara.

Katanya, kenyataan yang dilemparkan itu adalah tohmahan dan fitnah untuk mencipta persepsi negatif terhadap Perdana Menteri.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *