Connect with us

Terkini

Melayu undi PN kerana main isu perkauman – pemimpin DAP

Pemimpin DAP, P Ramasamy hari ini menuduh Bersatu dan PAS sebagai parti perkauman, sambil berkata ia merupakan sebab gabungan Perikatan Nasional (PN) menerima sokongan majoriti orang Melayu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Melayu undi PN kerana main isu perkauman - pemimpin DAP
Foto: Pemimpin DAP, P. Ramasamy.
  • Ramasamy berkata, beliau tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk.
  • “Pada PRU15 lepas, saya tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk,” -Ramasamy,
  • PN yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin menang sebahagian besar undi Melayu pada PRU15 lepas, malah berjaya mengalahkan Umno di kubu kuatnya.

Pemimpin DAP, P Ramasamy hari ini menuduh Bersatu dan PAS sebagai parti perkauman, sambil berkata ia merupakan sebab gabungan Perikatan Nasional (PN) menerima sokongan majoriti orang Melayu.

“Pada PRU15 lepas, saya tidak fikir PN akan dapat lebih 50% undi Melayu tanpa terlibat dalam perbuatan perkauman dan ekstremisme agama paling teruk,” kata Ramasamy, yang merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, dipetik Malaysia Now.

Dalam reaksinya terhadap kenyataan pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan  yang menuduh Pakatan Harapan (PH) menggunakan isu perkauman, Ramasamy menafikan dakwaan itu, dengan mengatakan gabungan itu tidak pernah mengapi-apikan sentimen perkauman.

Ramasamy turut mengakui majoriti orang Melayu menyokong Bersatu dan PAS di bawah PN, sambil menambah bahawa kedua-dua parti itu saling memperkukuhkan “dua bentuk ekstremisme”.

“Ya, orang bukan Melayu beramai-ramai undi PH, adakah ini rahsia? Pakatan dapat kurang undi Melayu berbanding PN. Adakah ini rahsia?” soalnya.

PN yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin menang sebahagian besar undi Melayu pada PRU15 lepas, malah berjaya mengalahkan Umno di kubu kuatnya.

Sumber : Malaysia Now, Facebook Prof.Dr.Ramasamy

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *