Antarabangsa
Lelaki ‘pro-anak angkat’ didakwa lakukan jenayah seksual kanak-kanak, guna identiti palsu Rabbi Yahudi
Seorang lelaki Houston yang terkenal di media sosial dan akhbar tempatan kerana “keluarga unik” anak angkatnya didakwa atas beberapa jenayah seks terhadap kanak-kanak.

- Hayim Nissim Cohen, 38, dilaporkan mencipta identiti sebagai Rabbi Yahudi Hasidic yang sakit kronik untuk mengaburkan jenayah dibuat kini berdepan 11 pertuduhan jenayah.
- Jenayah Cohen mula terungkap pada 1 Februari lalu selepas salah seorang anak angkatnya, kini berusia 17 tahun, memanggil talian podcast nasihat dan memberitahu penderaan terperinci terhadap dia dan adik-beradiknya yang berlaku sejak dia berusia 11 tahun.
- Cohen, menampilkan dirinya sebagai bapa tunggal yang membesarkan sembilan anak lelaki Yahudi ultra-Ortodoks.
- Anak angkatnya mencabar keaslian kesihatan Cohen yang didakwa kurang baik, mendakwa dia tidak pernah menggunakan alat perubatan bantuan itu ketika berada di rumah.
Seorang lelaki Houston yang terkenal di media sosial dan akhbar tempatan kerana “keluarga unik” anak angkatnya didakwa atas beberapa jenayah seks terhadap kanak-kanak.
Hayim Nissim Cohen, 38, dilaporkan mencipta identiti sebagai Rabbi Yahudi Hasidic yang sakit kronik untuk mengaburkan jenayahnya kini menghadapi 11 pertuduhan jenayah, termasuk kecederaan kepada kanak-kanak bawah 15 tahun, serangan seksual yang teruk terhadap kanak-kanak dan penderaan seksual berterusan terhadap kanak-kanak.
Cohen dikenali sebagai penyokong kuat pengambilan anak angkat, malah dia menggesa orang ramai, termasuk lelaki bujang, untuk melakukannya.
Jenayah Cohen mula terungkai pada 1 Februari lalu selepas salah seorang anak angkatnya, kini berusia 17 tahun, memanggil talian podcast nasihat dan memaklumkan penderaan terperinci berlaku terhadapnya dan adik-beradiknya sejak dia berusia 11 tahun.
Remaja itu yang menggunakan telefon mudah alih (burner phone) berkata dia merancang menunggu sehingga dewasa untuk melaporkan perbuatan bapa angkatnya berikutan takut hukuman daripada Cohen, yang bertindak merasuah dan mengancam akan mencederakan, malah membunuh dia dan adik-beradiknya jika mereka membuat aduan kepada polis.
Dia juga menyatakan keengganan melaporkan perkara itu kerana tidak percaya dengan sistem perlindungan kanak-kanak, kerana kegagalan mereka yang sepatutnya menjaga proses ambil anak angkat.
Podcasters, yang mengambil berat tentang kehidupan remaja itu, mendapatkan lebih banyak butiran sebelum menghubungi polis, yang kemudiannya mengesan panggilan itu dan mencari remaja terbabit.
Ketua Pendakwa Bahagian Jenayah Terhadap Kanak-kanak Peguam Daerah Harris County, Janna Oswald menjelaskan kanak-kanak itu dikurung dalam bilik hampir sepanjang hari dan Cohen kadangkala akan memaksa mereka melakukan aksi seks sebaik sahaja mereka dilepaskan.
Oswald juga berkata Cohen menggunakan agama dan populariti media sosial untuk mengaburkan realiti jenayahnya.
Cohen, menampilkan dirinya sebagai bapa tunggal yang membesarkan sembilan anak lelaki Yahudi ultra-Ortodoks, mengumpulkan pengikut yang besar di TikTok, di mana 200,000 pengikut keluarga itu melihat kandungannya lebih daripada tiga juta kali.
Dalam banyak gambar di halaman media sosial keluarga itu, Cohen dilihat menggunakan topeng oksigen dan kerusi roda — dua peranti yang turut digunakannya semasa penampilan mahkamah.
Bagaimanapun, anak angkatnya mencabar keaslian kesihatan Cohen yang didakwa kurang baik, mendakwa dia tidak pernah menggunakan alat perubatan bantuan itu ketika berada di rumah.
Sumber: Reduxx
