Antarabangsa
Lebih ramai individu dewasa muda di England & Wales kahwin sejenis, majoriti tidak beragama – Census 2021
Peratusan individu dewasa yang tidak pernah berkahwin atau berada dalam perkongsian sivil (hidup bersama tanda ikatan perkahwinan) di England dan Wales meningkat setiap 10 tahun.
- Peratusan individu dewasa yang tidak pernah berkahwin atau berada dalam perkongsian sivil (hidup bersama tanda ikatan perkahwinan) di England dan Wales meningkat setiap 10 tahun. – Data Census 2021.
- Antara tahun 2011 dan 2021, bilangan dewasa yang bercerai (cerai mati dan cerai hidup) iaitu tiga juta telah menurun sebanyak 6.3 peratus.
- Lebih ramai golongan dewasa muda terlibat dalam perkahwinan sesama jantina dan perkongsian sivil dengan majoriti tidak beragama.
Peratusan individu dewasa yang tidak pernah berkahwin atau berada dalam perkongsian sivil (hidup bersama tanda ikatan perkahwinan) di England dan Wales meningkat setiap 10 tahun.
Data Census 2021 menunjukkan peratusan itu ialah sebanyak 37.9 peratus pada tahun 2021, meningkat berbanding 26.3 peratus pada 1991.
Peningkatan itu merangkumi semua kumpulan agama, etnik, dan pihak berkuasa tempatan.
Peratusan dewasa telah berkahwin atau berada dalam perkongsian sivil (termasuk yang bercerai) pula menunjukkan penurunan dari 58.4 peratus pada 1991 kepada 46.9 peratus pada 2021.
Antara tahun 2011 dan 2021, bilangan dewasa yang bercerai (cerai mati dan cerai hidup) iaitu tiga juta telah menurun 6.3 peratus. Bagi wanita, ia menurun 8.3 peratus, tetapi meningkat 0.6 peratus bagi lelaki.
Peratusan dewasa yang bercerai hidup pula lebih kurang sama jika dibandingkan tahun 2021 dan 2011, iaitu 9.1 peratus dan 9.0 peratus, di mana terdapat penurunan pada golongan dewasa lebih muda dan peningkatan pada golongan dewasa lebih berusia.
Bagaimanapun, lebih ramai golongan dewasa muda terlibat dalam perkahwinan sesama jantina dan perkongsian sivil.
Golongan mereka juga lebih ramai yang tidak mempunyai agama, mempunyai kelayakan lebih tinggi berbanding golongan dewasa yang berkahwin secara normal.
Sumber: Office for National Statistics