Connect with us

Terkini

KPM segerakan peruntukan baik pulih sekolah terjejas akibat banjir

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian khusus dalam membaik pulih 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM segerakan peruntukan baik pulih sekolah terjejas akibat banjir
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan segerakan peruntukan dana bagi bolehkan kerja-kerja membaik pulih sekolah terjejas dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula 19 Mac ini.
  • “Saya sudah menerima laporan teknikal jurutera yang lihat kerosakan itu, kita bukan sahaja berdepan kerosakan teknikal sekolah tetapi juga kemusnahan aset termasuk meja guru dan juga perabot sekolah, ini juga mempunyai satu lagi pusingan assesment,” katanya.
  • Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, di sini yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

SEGAMAT: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian khusus dalam membaik pulih 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga akan menyegerakan peruntukan dana bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih sekolah terjejas dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula 19 Mac ini.

“Saya sudah menerima laporan teknikal jurutera yang lihat kerosakan itu, kita bukan sahaja berdepan kerosakan teknikal sekolah tetapi juga kemusnahan aset termasuk meja guru dan juga perabot sekolah, ini juga mempunyai satu lagi pusingan assesment,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, di sini yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan laporan yang diterima, kesemua sekolah terjejas mengalami kerosakan yang kritikal dan memerlukan beberapa fasa penilaian.

Katanya, selain memastikan sesi persekolahan dapat berjalan seperti biasa, penyelenggaraan perlu dilakukan segera bagi memastikan kerosakan tidak menjejaskan keselamatan pelajar dan kakitangan.

Sumber: Astro Awani

Author