Connect with us

Antarabangsa

Korban gempa bumi Pakistan, Afghanistan meningkat kepada 21 orang

Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda sebahagian besar Pakistan dan negara jiran Afghanistan awal minggu ini meningkat kepada 21 setakat hari ini, selepas lapan lagi kematian dilaporkan di kawasan terpencil, kata pegawai.

Wartawan TMT

Published

on

Korban gempa bumi Pakistan, Afghanistan meningkat kepada 21 orang
Foto: Tempat Kejadian Gempa Bumi di Pakistan.
  • Angka kematian akibat gempa bumi melanda sebahagian besar Pakistan dan negara jiran Afghanistan meningkat kepada 21, selepas lapan lagi kematian dilaporkan di kawasan terpencil.
  • Kejadian itu mengorbankan 10 orang di Afghanistan, manakala 11 lagi di Pakistan selepas gempa bumi melanda rantau Asia Selatan itu lewat Selasa lalu.
  • Mangsa yang cedera direkodkan seramai 130 orang susulan ratusan bumbung rumah runtuh.
  • Banyak kerosakan dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.

ISLAMABAD: Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda sebahagian besar Pakistan dan negara jiran Afghanistan awal minggu ini meningkat kepada 21 setakat hari ini, selepas lapan lagi kematian dilaporkan di kawasan terpencil, kata pegawai.

Kejadian itu mengorbankan 10 orang di Afghanistan, manakala 11 lagi di Pakistan selepas gempa bumi melanda rantau Asia Selatan itu lewat Selasa lalu.

Mangsa yang cedera direkodkan seramai 130 orang susulan ratusan bumbung rumah runtuh.

Banyak kerosakan dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.

Jurucakap Taliban untuk Kementerian Pengurusan Bencana Alam, Shafiullah Rahimi, berkata gempa itu mengorbankan 10 orang dan mencederakan 60 yang lain.

Katanya, dianggarkan 800 rumah rosak di seluruh Afghanistan.

Menurut Tinjauan Geologi Pusat Amerika Syarikat, gempa 6.5 pada skala Ritcher adalah 40 kilometer selatan-tenggara daerah Jurm di kawasan pergunungan Hindukush Afghanistan, bersempadan dengan Pakistan dan Tajikistan.

Gempa itu melanda kira-kira 188 kilometer berkedalaman bawah permukaan bumi.

Wilayah ini terdedah kepada pergolakan seismik yang ganas. Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter pada 2005 membunuh beribu-ribu orang di Pakistan dan Kashmir wilayah yang dipertikaikan, yang terletak di antara India dan Pakistan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending