Connect with us

Terkini

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018 – Lukanisman

Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Wartawan TMT

Published

on

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018 - Lukanisman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan bagi tempoh 2018 hingga 2022.
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata dalam tempoh sama juga, seramai 1,651 pegawai farmasi KKM turut melakukan tindakan sama.
  • Beliau berkata, antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, menerima tawaran menjadi pensyarah institusi pengajian awam dan swasta, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik atau farmasi sendiri.
  • Lukanisman pada masa sama mengakui terdapat pegawai menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas, selain tekanan tugas yang berat sehingga merasakan KKM tidak mampu menjaga kebajikan pekerja.

KUALA LUMPUR: Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata dalam tempoh sama juga, seramai 1,651 pegawai farmasi KKM turut melakukan tindakan sama.

Beliau berkata, antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, menerima tawaran menjadi pensyarah institusi pengajian awam dan swasta, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik atau farmasi sendiri.

“KKM turut mengambil maklum isu berbangkit peletakan jawatan ini disebabkan suasana atau persekitaran kerja di kementerian.

“Saya melihat isu ini adalah universal, kita tidak dapat halang mereka berhijrah untuk pendapatan yang lebih baik dan persekitaran kerja yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ir Md Nasir Hashim yang mahu kementerian menyatakan apakah punca doktor dan ahli farmasi mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan di hospital kerajaan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Lukanisman pada masa sama mengakui terdapat pegawai menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas, selain tekanan tugas yang berat sehingga merasakan KKM tidak mampu menjaga kebajikan pekerja.

“Bagaimanapun untuk kes seperti ini, kita sedia membantu mereka dan memberi peluang bertugas.

“KKM juga sedang mencari penyelesaian berkaitan insiden buli sehingga membawa kepada peletakan jawatan, buat masa ini kita sudah ada sistem iaitu pegawai boleh memanjangkan aduan mereka sekiranya terdapat masalah atau isu dalam fasiliti KKM,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending