Terkini
Guru, ibu bapa tidak setuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada digital
Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak bersetuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada buku teks digital sepenuhnya, mendakwa lebih lagi banyak masalah akan timbul apabila ia dilaksanakan kelak.
- Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh senaraikan tujuh sebab mengapa tidak bersetuju dengan tindakan KPM yang akan menukar bahan sistem pendidikan, termasuk buku teks secara fizikal kepada digital.
- “Benda gadget ni kos besar yang amat. Dengan kos besar patutnya sediakan prasarana, fasiliti dan sekolah yang lebih selamat dan baiki kerosakan.
- “Faktor kesihatan mata berkait rapat bila guna gadget ni. Umum tahu, cahaya dari screen jika berterusan guna boleh merosakkan mata. Dan waktu belajar bukan singkat. At least 5 jam tahu. 5 jam hadap screen, pasti banyak efek,” katanya dalam hantaran di Facebook.
- Beliau cadangkan silibus pendidikan disesuaikan dan diubah semula agar ia relevan selain menjilidkan buku teks kepada empat jilid untuk menjadikan buku lebih nipis serta memperluaskan pemberian loker bagi semua murid.
KUALA LUMPUR – Guru pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak bersetuju buku teks sekolah fizikal ditukar kepada buku teks digital sepenuhnya, mendakwa lebih lagi banyak masalah akan timbul apabila ia dilaksanakan kelak.
Guru matematik itu menyenaraikan tujuh sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menukar bahan sistem pendidikan, termasuk buku teks secara fizikal kepada digital.
Beliau berkata Australia dan Amerika Syarikat pernah mencuba untuk mendigitalkan buku teks mereka, namun akhirnya kembali kepada amalan asal.
Katanya, pembelajaran secara digital memerlukan akses menggunakan gajet seperti tab, komputer riba dan seumpamanya, di mana kegunaan peranti itu dilihat mempunyai banyak masalah seperti rosak, kena serangan virus, bateri habis, tidak boleh dihidupkan serta sebagainya.
“Gadget juga biasanya boleh access internet atau ada game sedia ada di dalamnya. Bila ada capaian internet, mungkin pelajar salah guna untuk layari benda yang bukan berkaitan or main game dan sebagainya.
“Benda gadget ni kos besar yang amat. Dengan kos besar patutnya sediakan prasarana, fasiliti dan sekolah yang lebih selamat dan baiki kerosakan.
“Faktor kesihatan mata berkait rapat bila guna gadget ni. Umum tahu, cahaya dari screen jika berterusan guna boleh merosakkan mata. Dan waktu belajar bukan singkat. At least 5 jam tahu. 5 jam hadap screen, pasti banyak efek,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mohd Fadli berkata menulis, mencatat nota atas buku lebih membuatkan murid memahami pelajaran berbanding swipe screen.
Susulan itu, beliau mencadangkan silibus pendidikan disesuaikan dan diubah semula agar ia relevan selain menjilidkan buku teks kepada empat jilid untuk menjadikan buku tersebut lebih nipis serta memperluaskan pemberian loker kepada semua murid bagi menangani masalah beg berat.
Tinjauan The Merdeka Times, mendapati rata-rata guru dan ibu bapa bersetuju dengan cadangan dikemukakan Mohd Fadli dengan menyifatkan pendigitalan itu akan memakan lebih banyak kos perbelanjaan sekolah.
Antara tangkapan layar reaksi guru dan ibu bapa di ruangan komen Facebook:
Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh, Anuar Ahmad