Connect with us

Terkini

Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan langgar undang-undang – KJ

Tindakan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu sebenarnya melanggar undang-undang, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Wartawan TMT

Published

on

Dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan langgar undang-undang - KJ
Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Perkara itu juga terbukti dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang gunakan kuasanya untuk halalkan tindakan parti itu. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  • Khairy Jamaluddin dalam satu video di laman sosialnya turut persoalkan keabsahan satu surat tular semalam mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkait usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.
  • “Jadi apa maksudnya? Jika Menteri Dalam Negeri terpaksa gunakan kuasa pengecualian dalam undang-undang, bermakna perkara yang dirujuk itu mestilah melanggar Akta Pertubuhan.”
  • “Jika tidak, tidak perlu ada pengecualian dari menteri. Menteri gunakan kuasanya untuk mengecualikan tindakan tidak sah itu supaya ia boleh dihalalkan,” katanya.

PETALING JAYA – Tindakan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu sebenarnya melanggar undang-undang, kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, perkara itu juga terbukti dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan kuasanya untuk menghalalkan tindakan parti itu.

Khairy Jamaluddin dalam satu video di laman sosialnya turut mempersoalkan keabsahan satu surat yang tular semalam mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkait usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

“Jadi apa maksudnya? Jika Menteri Dalam Negeri terpaksa menggunakan kuasa pengecualian dalam undang-undang, bermakna perkara yang dirujuk itu mestilah melanggar Akta Pertubuhan.

“Jika tidak, tidak perlu ada pengecualian daripada menteri. Menteri menggunakan kuasanya untuk mengecualikan tindakan tidak sah itu supaya ia boleh dihalalkan,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan yang dibawa oleh UMNO bahagian Rembau dan diluluskan dengan undi majoriti dalam perhimpunan agung UMNO 2022 pada Januari lalu adalah melanggar Perlembagaan parti UMNO sendiri.

“Ini bermakna hak ahli UMNO dan perwakilan UMNO untuk memilih Presiden dan Timbalan Presiden mereka sendiri telah dirompak oleh usul palsu ini,” tambahnya.

Terdahulu, Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, KDN memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta 832 selepas kementeriannya meneliti mengenai ketetapan yang sudah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending