Connect with us

Terkini

Dari Buddhist kepada Zakir Naik Thailand – Firdaus Wong

Ini kisah seorang lelaki mualaf yang dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha di Thailand dan akhirnya memeluk Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Dari Buddhist kepada Zakir Naik Thailand – Firdaus Wong
Foto: Firdaus Wong (kiri), Natthanon Suthonwat (kanan).
  • Natthanon atau nama Islamnya, Arif dahulunya banyak persoalan mengenai Sains hingga dirinya semakin jauh dari agama.
  • Dari agama Buddha, akhirnya dia menjadi ateis sehingga mencabar agama untuk membuktikan percaya kepada Tuhan itu tidak logik.
  • Akhirnya, egonya tercabar, dia menerima kebenaran dan memeluk Islam pada 1 Disember 2019.
  • Kini Arif bekerjasama dengan Sheikh Sharif dan menjadi mengalih suara video ceramah Dr Zakir Naik di YouTube hingga meraih 14 juta tontonan.
  • MRM akan mempertimbangkan untuk menjalin kerjasama rasmi dan menyokong dakwah mereka di Thailand. – Pendakwah bebas dan Pengasas MRM, Firdaus Wong.

Ini kisah seorang lelaki mualaf yang dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha di Thailand dan akhirnya memeluk Islam.

Ia diceritakan pendakwah bebas, Firdaus Wong dalam perkongsiannya di Facebook yang tular semalam.

Firdaus berkata lelaki dimaksudkan itu dahulunya dikenali dengan nama Natthanon Suthonwat, 27, yang berasal dari Korat, Thailand.

Menurutnya, dari usia muda, Natthanon sangat meminati dengan Sains dan mempunyai pelbagai persoalan mengenai subjek itu hingga mendapati dirinya semakin jauh dari agama. 

“Lama-kelamaan, dia akhirnya menjadi seorang ateis, tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan hidupnya merasa bebas tanpa  tanpa ikatan agama namun jiwanya sangat memberontak. 

“Dia ingin mencabar agama, membuktikan bahawa sememangnya Tuhan itu tidak wujud dengan membongkar satu per satu agama yang percaya pada Tuhan adalah tidak logikal.

“Dalam giliran membuktikan yang agama Islam juga tidak logikal, egonya tercabar kerana semakin banyak masa dihabiskan membaca buku demi buku, artikel dan menonton video berkaitan Islam, penemuannya semakin logikal,” katanya.

Firdaus berkata akhirnya Natthanon menerima hakikat dan kebenaran lalu mengucap dua kalimah syahadah pada 1 Disember 2019 dan memilih Arif sebagai nama Islamnya. 

“Walaupun baru tiga tahun memeluk agama Islam, Arif bergabung dengan Sheikh Sharif atas kepakaran dalam video editing dalam usaha meneruskan misi dakwah di Thailand kerana nekad membantu masyarakat bukan Islam di sana untuk memeluk agama Islam.

“Hari ini, Arif juga mengalih suara video ceramah Dr Zakir Naik di saluran YouTube kepada Bahasa Thai sehingga meraih sebanyak 14 juta tontonan,” katanya. 

Firdaus berkata beliau akan mempertimbang usaha menjalinkan kerjasama menyokong dakwah Arif menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang diasaskannya.

MRM sebelum ini turut menyokong pusat dakwah di Filipina, membina sebuah pusat penempatan muallaf di Uganda, sebuah pusat Islam yang mempunyai masjid, telaga, blok pentadbiran dan perumahan untuk imam dan 10 ekar tanah di Tanzania yang diusahakan pendakwah tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *