Connect with us

Terkini

Perbelanjaan bukan keperluan dijangka perlahan akibat peningkatan kos sara hidup

Perbelanjaan barang bukan keperluan dijangka perlahan tahun ini di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup, demikian kata penganalisis.

Wartawan TMT

Published

on

Perbelanjaan bukan keperluan dijangka perlahan akibat peningkatan kos sara hidup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihaknya melihat kuasa perbelanjaan bukan keperluan pengguna terhad tahun ini di tengah-tengah tekanan inflasi yang tinggi dan kitaran kadar faedah yang meningkat. – Penganalisis CGS-CIMB, Khoo Zhen Ye.
  • Pengguna mungkin agihkan semula perbelanjaan ke arah barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi, sambil turunkan pembelian tertentu kepada lebih banyak alternatif mampu milik untuk kekalkan kualiti hidup.
  • “Ini boleh beri petanda baik untuk jualan peruncit tertentu dengan operasi di luar negara seperti Bonia (barangan mewah – di Singapura dan Indonesia), InNature (kedai penjagaan diri – Vietnam dan Kemboja), Mr. DIY dan pengusaha kedai serbaneka seperti Mynews, 7-Eleven dan FamilyMart.

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan barang bukan keperluan dijangka perlahan tahun ini di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup, demikian kata penganalisis.

Penganalisis CGS-CIMB, Khoo Zhen Ye, berkata pihaknya melihat kuasa perbelanjaan bukan keperluan pengguna terhad tahun ini di tengah-tengah tekanan inflasi yang tinggi dan kitaran kadar faedah yang meningkat.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong kepada corak penggunaan yang lebih perlahan terhadap barangan bukan keperluan yang memerlukan komitmen yang besar (big-ticket discretionary items).

“Walaupun Retail Group Malaysia (RGM) menjangkakan jualan runcit Malaysia berkembang sebanyak 3.5 peratus pada 2023, kami menjangkakan kuasa perbelanjaan bukan keperluan yang lebih rendah di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam nota penyelidikannya.

RGM menjangkakan jualan runcit Malaysia meningkat 3.5 peratus pada 2023, berikutan jangkaan pemulihan ekonomi selanjutnya dan ketibaan pelancong yang lebih tinggi.

Pada pembentangan Tinjauan Pengguna Runcit Malaysia bagi 2023, Pengarah Urusan RGM, Tan Hai Hsin, berkata perbelanjaan runcit masih boleh bertahan.

Beliau berkata, pengguna mungkin mengagihkan semula perbelanjaan ke arah barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi, sambil menurunkan pembelian tertentu kepada lebih banyak alternatif mampu milik untuk mengekalkan kualiti hidup, berdasarkan pemerhatiannya terhadap corak pembelian pengguna.

Khoo berkata, pihaknya berpandangan, trend itu akan memihak kepada peruncit dengan yang profil jenama kukuh yang menawarkan tawaran produk yang berbeza dan bernilai.

Beliau berkata, pihaknya melihat kembalinya pelancong asing secara beransur-ansur pada 2023, terutamanya pelancong China berikutan pembukaan semula sempadan negara itu, yang mana sepatutnya membawa kepada kadar yang lebih tinggi untuk peruncit.

Malah, katanya, Tourism Malaysia menyasarkan 15.6 juta ketibaan pelancong pada 2023 berbanding 9.2 juta pada 2022 dan 26.1 juta pada 2019.

“Ini boleh memberi petanda baik untuk jualan peruncit tertentu dengan operasi di luar negara seperti Bonia (barangan mewah – di Singapura dan Indonesia), InNature (kedai penjagaan diri – Vietnam dan Kemboja), Mr. DIY dan pengusaha kedai serbaneka seperti Mynews, 7-Eleven dan FamilyMart.

“Kami menganggarkan perbelanjaan pelancong asing menyumbang sehingga lima hingga 15 peratus daripada jumlah jualan prapandemik bagi syarikat yang dinyatakan itu,” katanya. 

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending