Connect with us

Terkini

Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras baharu – TPM

Kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan, baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras baharu – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri).
  • Perincian penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • “Kita akan selaraskan ikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).”
  • “Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya 

KUALA LUMPUR: Kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan, baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perincian penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat majlis berkenaan, yang dijadual berlangsung minggu depan.

“Kita akan selaraskan mengikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).

“Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan penjenamaan semula Kompleks Industri Makanan Halal MARA (KIMAR) kepada MARA Halal Industrial Park (MHI Park).

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Seri Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending