Connect with us

Terkini

Aktiviti tidak berimpak besar dimansuhkan sebelum sesi sekolah 2023/2024

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid, sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula.

Wartawan TMT

Published

on

Aktiviti tidak berimpak besar dimansuhkan sebelum sesi sekolah 2023/2024
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata surat pekeliling itu, akan dikeluarkan untuk memberikan penjelasan dengan terperinci berhubung pemansuhan tersebut.
  • “(Pemansuhan) boleh terus dilaksanakan. Yang ada dalam surat itu nanti adalah perinciannya dan sebelum bermula sekolah kita akan keluarkan,” katanya.
  • Sebelum ini, KPM umum pemansuhan itu merupakan antara tujuh langkah segera diambil dalam teras kelima KPM memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan dihadapi para guru.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan pemansuhan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di sekolah yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid, sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata surat pekeliling itu, akan dikeluarkan untuk memberikan penjelasan dengan terperinci berhubung pemansuhan tersebut.

“(Pemansuhan) boleh terus dilaksanakan. Yang ada dalam surat itu nanti adalah perinciannya dan sebelum bermula sekolah kita akan keluarkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata KPM akan sentiasa menilai situasi dan memperkenalkan langkah-langkah yang dapat mengurangkan beban tugas guru dari semasa ke semasa, dalam memastikan kesejahteraan guru terjamin sekali gus mengoptimumkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum ini, KPM mengumumkan pemansuhan tersebut yang merupakan antara tujuh langkah segera diambil dalam teras kelima KPM yang memfokuskan kepada isu kebajikan termasuk tekanan dihadapi para guru.

Ia membabitkan antaranya pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan seumpamanya.

Menjawab isu kekurangan guru yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen sewaktu perbahasan usul berkenaan, Fadhlina berkata KPM telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 guru pada tahun 2021 dan 2022, yang ditempatkan di sekolah KPM di seluruh negara.

Beliau berkata pengambilan guru akan berterusan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran.

Berhubung isu sekolah daif, Fadhlina berkata 920 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah di seluruh negara, telah diluluskan bagi tempoh 2016 hingga 2022.

Katanya sehingga 16 Feb 2023, sebanyak 664 projek telah siap sepenuhnya, 86 projek berada di peringkat pembinaan dan 170 projek di peringkat prabina.

“Permohonan pelaksanaan projek ini akan diteruskan secara berfasa melalui peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat bagi setiap rolling plan dalam Rancangan Malaysia lima tahun. Bagaimanapun, kelulusan dan pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending