Antarabangsa
Ahli Kongres Muslim digulingkan kerana kritik politikus AS sokong rejim Israel
Parti Republikan di Dewan Perwakilan AS mengundi untuk menggulingkan Ilhan Omar daripada jawatankuasa dewan berprofil tinggi berhubung ejekan ahli kongres Muslim itu terhadap ahli politik Amerika yang menyokong rejim Israel untuk mendapatkan ganjaran kewangan.
- Parti Republikan di Dewan Perwakilan AS mengundi untuk menggulingkan Ilhan Omar daripada jawatankuasa dewan berprofil tinggi berhubung ejekan ahli kongres Muslim itu terhadap ahli politik Amerika yang menyokong rejim Israel untuk mendapatkan ganjaran kewangan.
- Pengkritik Omar menilai tweet pada 2019 itu sebagai anti-semitik, tetapi dia sendiri berkata mereka yang merancang menentangnya tidak boleh bertolak ansur dengan kehadiran orang Islam di Kongres dan juga bertindak kerana xenophobia dan perkauman.
- Omar sebelum ini acapkali mengkritik keras ahli politik AS yang pro-Israel di seluruh badan perundangan dwidewan dengan menggambarkan entiti pendudukan itu sebagai rejim “apartheid” dan mengecam jenayah perangnya terhadap rakyat Palestin.
- Berucap di Kongres sebelum pengundian, Omar berkata bahawa penyerangnya tidak akan mampu untuk menyekatnya, sebaliknya ‘suara’ dia akan semakin lantang selepas ini.
Parti Republikan di Dewan Perwakilan AS mengundi untuk menggulingkan Ilhan Omar daripada jawatankuasa dewan berprofil tinggi berhubung ejekan ahli kongres Muslim itu terhadap ahli politik Amerika yang menyokong rejim Israel untuk mendapatkan ganjaran kewangan.
Langkah itu diluluskan dengan undi 218-211 pada Khamis, menyingkirkan penggubal undang-undang kelahiran Somalia itu daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS.
Mereka yang mengundi dan menyokong penyingkiran Omar daripada jawatankuasa itu memetik ciapan beliau di Twitter pada 2019 yang berbunyi, “Ini semua tentang Benjamin, sayang.”
Tweet itu merujuk kepada gambar Benjamin Franklin pada bil USD100 sebagai cara menggambarkan pihak terbabit, yang menyokong rejim Israel merentasi spektrum politik Amerika, didorong oleh wang.
Pengkritik Omar menilai tweet itu sebagai anti-semitik, tetapi dia sendiri berkata mereka yang merancang menentangnya tidak boleh bertolak ansur dengan kehadiran orang Islam di Kongres dan juga bertindak kerana xenophobia dan perkauman.
Omar sebelum ini dikatakan acapkali mengkritik keras ahli politik AS yang pro-Israel di seluruh badan perundangan dwidewan dengan menggambarkan entiti pendudukan itu sebagai rejim “apartheid” dan mengecam jenayah perangnya terhadap rakyat Palestin.
Dalam kenyataan berasingan, Omar berkata, tentera AS dan negara lain harus dipegang dengan piawaian akauntabiliti sama apabila tindakan mereka menyakiti atau membunuh orang awam.
Berucap di Kongres sebelum pengundian, Omar berkata penyerangnya tidak akan mampu untuk menyekatnya, sebaliknya ‘suara’ dia akan semakin lantang selepas ini.
Sumber : Press TV
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia