Ekonomi
Ahli ekonomi jangka pertumbuhan sederhana 4.7 peratus bagi KDNK Malaysia 2023
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar sederhana 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah penurunan inflasi secara beransur-ansur, dasar monetari yang lemah dan harga komoditi yang berada di bawah paras sewajarnya, kata seorang ahli ekonomi.

- Ketua Ekonomi ANZ Bank (Asia Tenggara dan India), Sanjay Mathur mengunjurkan pertumbuhan KDNK akan kekal dengan reputasi baik kerana tahun 2022 merupakan tahun sangat kukuh bagi Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya, di samping banyak perkembangan positif yang lain.
- “Pembukaan semula sempadan China akan menyokong ekonomi Malaysia, terutamanya dari segi pelancongan,” katanya.
- Beliau jangkakan industri perbankan dan kewangan Asean akan saksikan penggabungan di antara bank konvensional dan digital untuk beri daya saing pada pasaran besar.
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar sederhana 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah penurunan inflasi secara beransur-ansur, dasar monetari yang lemah dan harga komoditi yang berada di bawah paras sewajarnya, kata seorang ahli ekonomi.
Namun begitu, Ketua Ekonomi ANZ Bank (Asia Tenggara dan India), Sanjay Mathur mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kekal dengan reputasi yang baik kerana tahun 2022 merupakan tahun yang sangat kukuh bagi Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya, di samping banyak perkembangan positif yang lain.
“Kami juga berpendapat bahawa pengetatan dasar monetari (Bank Negara Malaysia) akan berakhir, dan menjangka inflasi — yang tidak pernah menjadi masalah yang sangat serius di Malaysia — akan reda sedikit masa lagi.
“Saya fikir kombinasi pertumbuhan dan inflasi memberi petanda baik untuk Malaysia sekarang,” katanya kepada Bernama di luar Sidang Kemuncak Inovasi Kewangan Asean di sini hari ini.
Mathur merupakan salah seorang penceramah pada sidang kemuncak itu, yang mana beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Melepaskan trend paling penting untuk perniagaan global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada ASEAN’.
Daripada faktor luaran pula, beliau berkata pembukaan semula sempadan China akan menyokong ekonomi Malaysia, terutamanya dari segi pelancongan.
Sementara itu, beliau menjangkakan industri perbankan dan kewangan Asean akan menyaksikan penggabungan di antara bank konvensional dan digital untuk memberi daya saing kepada pasaran yang besar, sambil menyatakan bahawa industri kini sedang mengalami persaingan yang berbeza, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa memandangkan kemajuan pesat dalam teknologi di seluruh dunia, pemain tradisional juga perlu melihat teknologi baharu untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang paling berkualiti.
“Saya juga berfikir dalam satu tempoh masa, kita akan bergerak ke bidang seperti bagaimana proses kelulusan kredit boleh dilakukan di antara apa yang boleh dilakukan oleh bank digital dan apa yang boleh dilakukan oleh bank konvensional,” tambahnya.
Sumber: Bernama
Ekonomi
Rasuah punca harga barang naik
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kewujudan amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan antara faktor penyumbang utama kenaikan kos sara hidup rakyat.

- Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan faktor penyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat.
- Perkara itu dibuktikan menerusi kertas kerja Coalition for Business Integrity (CBI) yang mengenal pasti proses pembekalan barangan dan perkhidmatan yang punya unsur rasuah. – Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tricia Yeoh
- Ujarnya, rasuah memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat melalui inflasi buatan sehingga meningkatkan kos sara hidup.
- Rasuah juga menyumbang kepada tahap inflasi harga yang lebih tinggi serta menekan pendapatan orang ramai, sekali gus menggalakkan banyak rasuah membawa kepada kitaran ganas penindasan terhadap rakyat. – Ketua Pegawai Eksekutif CBI, Mark Chay
SHAH ALAM: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) senada dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kewujudan amalan rasuah dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan di Malaysia merupakan antara faktor penyumbang utama kenaikan kos sara hidup rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tricia Yeoh berkata, perkara itu dibuktikan menerusi satu kertas kerja oleh Coalition for Business Integrity (CBI) yang mengenal pasti proses pembekalan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai unsur rasuah akan menyebabkan peningkatkan kos.
Beliau berkata, ekoran kos pengurusan perniagaan yang semakin meningkat, kesannya terpaksa ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir.
Menurut beliau, hasil dapatan daripada kertas kerja itu juga mendedahkan bagaimana rasuah memberi kesan kepada kos sara hidup pengguna, melalui penciptaan tekanan menaik ke atas harga barangan dan perkhidmatan pengguna.
“Penyelidikan kolaboratif ini mendapati bagaimana rasuah sistemik bukan suatu yang hanya memberi kesan kepada peringkat tertinggi masyarakat, malah sebenarnya turut memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian rakyat melalui inflasi buatan sehingga meningkatkan kos sara hidup.
“Dengan tumpuan pada sektor pembinaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan, penyelidikan dilakukan oleh IDEAS dan CBI ini juga mendapati bahawa pemberian habuan adalah satu bentuk rasuah yang paling biasa dalam sektor swasta dan awam.
“Namun begitu, terdapat juga bentuk-bentuk rasuah lain termasuk perbuatan peras ugut, penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan budi bicara serta sifat pilih kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CBI, Mark Chay turut sependapat dengan Dr Mahathir dan menegaskan bahawa pelbagai masalah yang dihadapi Malaysia adalah berpunca daripada kekurangan integriti yang berleluasa dalam menguruskan sumber-sumber negara.
Beliau berkata, amalan rasuah dan salah guna kuasa telah mengganggu persaingan sihat, menyekat pembangunan sektor swasta, menyebabkan halangan kemasukan para pelabur asing, menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam serta menghasilkan perbelanjaan kerajaan yang tidak cekap.
Tambah beliau, perbuatan rasuah juga menyumbang kepada tahap inflasi harga yang lebih tinggi serta menekan pendapatan orang ramai, sekali gus menggalakkan lebih banyak rasuah yang membawa kepada kitaran ganas penindasan terhadap rakyat.
“Salah satu sebab punca kos sara hidup naik adalah disebabkan oleh rasuah apabila perkara itu berkait rapat dengan isu kos melaksanakan perniagaan.
“Ini berlaku apabila urusan perniagaan diselitkan dengan keperluan untuk merasuah, malah perbuatan jijik rasuah ini dikira sebagai kos pengurusan perniagaan.
“Semua itu seterusnya dikembalikan dan disalurkan kepada masyarakat atau dikenali sebagai trickle-down effect,” katanya.
Pada sidang media selepas menghadiri Forum Usahawan Bumiputera, ‘Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera Dan Cabaran Masa Hadapan’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Sabtu, Dr Mahathir menegaskan, kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah yang berleluasa.
Menurut Dr Mahathir, apabila setiap urusan diselitkan elemen rasuah, ia menyebabkan harga barang dan perkhidmatan menjadi semakin mahal.
Sumber: Astroawani
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman