Antarabangsa
Suspek jenayah kebencian bakar pusat Islam, rosakkan rumah ibadat Yahudi dan premis perniagaan kulit hitam
Seorang lelaki di Portland, Oregon, menghadapi pelbagai tuduhan jenayah kebencian di peringkat persekutuan dan juga 11 pertuduhan di peringkat negeri.

- Michael Edgar Bivins, 34, menghadapi pelbagai tuduhan jenayah kebencian di peringkat persekutuan dan juga 11 pertuduhan di peringkat negeri.
- Tertuduh didakwa menggunakan pemangkin kebakaran bagi membakar pusat itu yang menyebabkan kerosakan pada bahagian luar bangunan Pusat Komuniti Muslim Portland.
- Bivins turut mengganggu” pemilik perniagaan orang kulit hitam “kerana bangsa, warna kulit atau asal negaranya”.
- Tertuduh juga mengancam orang Yahudi di bahagian luar rumah ibadat Jemaah Beth Israel dan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap bangunan lain.
- Sekitar 30 April lalu, Bivins didakwa memecahkan tingkap di Jemaah Shir Tikvah, sebuah lagi rumah ibadat tempatan, menurut pegawai.
AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki di Portland, Oregon, menghadapi pelbagai tuduhan jenayah kebencian di peringkat persekutuan dan juga 11 pertuduhan di peringkat negeri.
Pihak berkuasa berkata Michael Edgar Bivins, 34, membakar pusat Islam, merosakkan dua sinagog (rumah ibadat Yahudi) dan premis perniagaan milik orang kulit hitam.
Dokumen persekutuan mendakwa Bivins “merosakkan, merosakkan dan memusnahkan” harta agama di Pusat Komuniti Muslim Portland pada 3 Mei lalu.
Tertuduh didakwa menggunakan pemangkin kebakaran bagi membakar pusat komuniti Islam itu yang menyebabkan kerosakan pada bahagian luar bangunan tersebut, kata pihak berkuasa dipetik ABC News.
“Pemantauan video merakam Bivins, menuang cecair ke dinding dan seterusnya membaling mancis ke arah cecair itu hingga menyebabkan ia meletus dalam api,” demikian menurut pertuduhan yang menggambarkan kejadian terbabit.
Selain itu, tertuduh juga “kembali dengan sekeping kain yang menyala” sebelum “melemparkannya ke kawasan tempat dia menuang cecair itu”.
Bivins juga didakwa “dengan kekerasan dan ancaman kekerasan, dengan sengaja menakut-nakutkan dan mengganggu” pemilik perniagaan orang kulit hitam “kerana bangsa, warna kulit atau asal negaranya” dan memecahkan tingkap “kerana ia perniagaan milik orang kulit hitam”.
Tertuduh juga mengancam orang Yahudi di bahagian luar rumah ibadat Jemaah Beth Israel dan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap bangunan lain, demikian menurut dokumen mahkamah.
Sekitar 30 April lalu, Bivins didakwa memecahkan tingkap di Jemaah Shir Tikvah, sebuah lagi rumah ibadat tempatan, menurut pegawai.
Polis Portland menahannya pada 6 Mei lalu, menurut pegawai, bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan di peringkat negeri.
Tuduhan di peringkat persekutuan pula termasuk kerosakan harta agama dan pelanggaran aktiviti yang dilindungi persekutuan.
Sumber: ABC News
Antarabangsa
Pakistan: Pengebom masjid di Peshawar menyamar dengan seragam polis
Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.

ISLAMABAD – Polis Pakistan mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di bandar Peshawar awal minggu ini, lapor Reuters.
Ketua Polis Wilayah Khyber Pashtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata penyerang juga melanggar undang-undang keselamatan dengan memakai pakaian seragam polis.
Serangan yang berlaku pada Isnin lalu di kawasan berkubu dipanggil Police Lines itu mengorbankan lebih 100 mangsa, di mana tiga daripadanya adalah anggota polis.
Moazzam Jah Ansari memberitahu pemberita bahawa pengebom itu adalah sebahagian daripada “rangkaian” yang tidak dijelaskan dan memandu motosikal ke kawasan terbabit.
Sumber: Reuters
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam