Connect with us

Antarabangsa

Negara Barat perlu hentikan penghinaan terhadap kitab suci – Speaker Parlimen Turkiye

Negara Barat perlu menghentikan penghinaan terhadap kitab suci, kata Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop susulan kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Negara Barat perlu hentikan penghinaan terhadap kitab suci - Speaker Parlimen Turkiye
Foto: Mustafa Sentop.
  • “Negara Barat harus segera tamatkan permainan berbahaya ini,” – Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop
  • Ketua kumpulan Islamofobia Pegida Edwin Wagensveld turut bakar al-Quran di The Hague pada 22 Januari mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
  • “Tindakan provokatif terhadap Islam yang hina nilai-nilai suci kita telah dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden hanya atas nama kebebasan bersuara, Belanda pula biarkan perkara itu dan Denmark ikut jejak langkah sama… apa yang berlaku ini perlu pertimbangan sangat teliti.” 
  • “Kita umat Islam wajib amalkan sikap berwaspada, bersederhana, rasional dan bermaruah. Kita tidak boleh tinggalkan prinsip hormati perbezaan yang telah diajar oleh agama dan tamadun menyuruh kepada kebaikan dan jauhi kemungkaran,” katanya.

ANKARA, 30 Jan (Bernama) – Negara Barat perlu menghentikan penghinaan terhadap kitab suci, kata Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop susulan kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.

“Negara Barat harus segera menamatkan permainan berbahaya ini,” kata Sentop pada sesi ke-17 Kesatuan Parlimen Pertubuhan Negara Anggota Kerjasama Islam (PUIC) di Algeria, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian selepas ahli politik Denmark-Sweden Rasmus Paludan pada Jumaat lalu (27 Januari) membakar senaskhah al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark.

Tindakan Islamofobia itu berlaku beberapa hari selepas Paludan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Sweden semasa protes yang mendapat kebenaran polis.

Paludan berkata, beliau akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden dimasukkan ke dalam pakatan NATO.

Ketua kumpulan Islamofobia Pegida Edwin Wagensveld turut membakar al-Quran di The Hague pada 22 Januari yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Insiden berkenaan terus mendapat kecaman global dengan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson menyifatkan tindakan Paludan sebagai “kurang ajar”.

Penghinaan terhadap al-Quran mencetuskan bantahan dalam kalangan negara-negara Islam. Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk tindakan provokasi itu yang jelas menunjukkan ia satu jenayah kebencian.

“Tindakan provokatif terhadap Islam yang menghina nilai-nilai suci kita telah dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden hanya atas nama kebebasan bersuara, Belanda pula membiarkan perkara itu dan Denmark mengikut jejak langkah yang sama… apa yang berlaku ini perlu pertimbangan yang sangat teliti,” kata Sentop.

Beliau berkata perbuatan itu menunjukkan “mentaliti kebencian” Barat yang tidak menghormati kepercayaan dan idea.

“Di sebalik semua itu, kita umat Islam wajib mengamalkan sikap berwaspada, bersederhana, rasional dan bermaruah. Kita tidak boleh meninggalkan prinsip menghormati perbezaan yang telah diajar oleh agama dan tamadun kita yang menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran,” kata Sentop.

Dalam menghadapi penghinaan seperti itu, suara dari negara dan pertubuhan Islam kelihatan sangat lemah, kata Speaker Parlimen itu.

“Bagaimanapun, tindak balas kolektif dan kuat kita sudah tentu akan memadamkan rasa tidak hormat Sweden, Denmark, Belanda atau negara lain dan akan memaksa mereka untuk mengelakkan kejadian sama daripada berlaku lagi,” katanya.

Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji Paludan dan Wagensveld.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai menjawab “kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu”.

“Saya setuju supaya cara paling berfaedah menjawab semua kerja-kerja gila dan biadab (membakar al-Quran) ini ialah untuk teruskan usaha yang telah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat untuk cetak dan edar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.

“(Ia akan) disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej dengan risalah jelas,” kata Anwar. – BERNAMA

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending