Connect with us

Antarabangsa

Iran keluarkan perintah wajib bertudung meskipun berada dalam kereta

Polis Iran mengeluarkan semula amaran bahawa wanita wajib memakai tudung meskipun berada di dalam kereta, lapor media tempatan pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Iran keluarkan perintah wajib bertudung meskipun berada dalam kereta
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Iran mengeluarkan semula amaran bahawa wanita wajib memakai tudung meskipun berada di dalam kereta.
  • Perintah itu dikeluarkan ketika protes membelenggu Iran ekoran kematian Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu.
  • Menurut agensi berita Fars memetik seorang pegawai kanan polis berkata, program Nazer 2020 memfokuskan terhadap kesalahan membuka hijab di dalam kereta.
  • “Anda diperhatikan jika membuka tudung di dalam kereta,” menurut mesej dihantar polis yang kemudiannya disiarkan di media sosial.
  • Polis moral Iran yang dikenali sebagai Gasht-e Ershad, mempunyai mandat untuk memasuki kawasan awam bagi memeriksa pelaksanaan ketat kod berpakaian.

TEHRAN – Polis Iran mengeluarkan semula amaran bahawa wanita wajib memakai tudung meskipun berada di dalam kereta, lapor media tempatan pada Isnin.

Perintah itu dikeluarkan ketika protes membelenggu Iran ekoran kematian Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu.

Mahsa menghembuskan nafas yang terakhirnya ketika dalam tahanan polis atas tuduhan melanggar kod pakaian ketat republik Islam itu untuk wanita.

Tehran secara amnya menyifatkan protes itu sebagai rusuhan.

Menurut agensi berita Fars memetik seorang pegawai kanan polis berkata, pihak polis melancarkan peringkat baharu program Nazer-1 iaitu “pengawasan” dalam bahasa Parsi.

Program Nazer yang dilancarkan pada 2020 memfokuskan terhadap kesalahan membuka hijab di dalam kereta.

Apabila ia dilancarkan pada 2020, pemilik kereta akan dihantar mesej ringkas yang memaklumkan mereka mengenai pelanggaran kod pakaian dalam kenderaan dan amaran tindakan undang-undang sekiranya ia berulang.

Bagaimanapun, pihak polis dilihat sudah menggugurkan ancaman melibatkan tindakan undang-undang.

“Anda diperhatikan jika membuka tudung di dalam kereta: Adalah penting untuk menghormati norma masyarakat dan memastikan tindakan ini tidak berulang,” menurut mesej dihantar polis yang kemudiannya disiarkan di media sosial.

Polis moral Iran yang dikenali sebagai Gasht-e Ershad atau ‘Peronda Pembimbing’ mempunyai mandat untuk memasuki kawasan awam bagi memeriksa pelaksanaan ketat kod berpakaian.

Susulan protes itu, ramai wanita di daerah kelas atasan di ibu negara Tehran serta di pinggir bandar selatan yang lebih sederhana dan tradisional, dilihat tidak ditahan meskipung tanpa mengenakan tudung.

Sejak September, van putih hijau polis moral jarang kelihatan di jalan-jalan Tehran.

Pada awal Disember, Ketua Pendakwa Raya Iran, Mohammad Jafar Montazeri dilaporkan berkata, polis moral sudah dimansuhkan.

Namun aktivis ragu-ragu mengenai komen itu, yang juga tindak balas tergesa-gesa kepada soalan pada persidangan, dan bukannya pengumuman rasmi Kementerian Dalam Negeri yang mengawasi polis.

Sumber: Arab News

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending