Connect with us

Terkini

Hanya minda daif tolak Perlembagaan Persekutuan edisi BM versi muktamad

Komitmen Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mahu Perlembagaan Persekutuan edisi bahasa Melayu menjadi versi muktamad (autoritatif) bagi menggantikan versi bahasa Inggeris sudah lama dipejuangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Wartawan TMT

Published

on

Hanya minda daif tolak Perlembagaan Persekutuan edisi BM versi muktamad
Foto: Dr Zulkeflee Yaacob.
  • Komitmen Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mahu Perlembagaan Persekutuan edisi bahasa Melayu menjadi versi muktamad bagi gantikkan bahasa Inggeris sudah lama dipejuangkan NGO.
  • Pakar Psikososio dari UPSI, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, umat Islam, Melayu dan warga negara yang patriotisme perlu menyokong usaha agar merealisasikan agenda perundangan negara termasuk kedudukan perundangan syariah.
  • “Bukan saja teks bahasa kolonial yang perlihat hilang maruah negara berdaulat tetapi prinsip undang-undang dan keluhuran perlembagaan bawah fasal 152 perlu direka yasa bagi membina jati diri bangsa Malaysia,” katanya.
  • Pihak yang menolak hujah teks asal mesti dikekalkan kerana tafsiran makna kata seperti kata jamak ‘ibu bapa’ banding bahasa Inggeris ‘ibu atau bapa’ memperlihatkan minda daif dalam disiplin bidang morfologi bahasa khususnya bahasa Melayu.

KOTA BHARU: Komitmen Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun mahu Perlembagaan Persekutuan edisi bahasa Melayu menjadi versi muktamad (autoritatif) bagi menggantikan versi bahasa Inggeris sudah lama dipejuangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saranan itu disuarakan pelbagai pihak terutamanya NGO-NGO Islam melalui pelbagai siri penerangan, program, memorandum dan sebagainya.

Pakar Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, umat Islam dan Melayu serta warga negara yang patriotisme perlu menyokong usaha tersebut.

Katanya sokongan padu semua pihak diharap dapat merealisasikan agenda tersebut kerana impaknya sangat besar kepada perundangan negara termasuk kedudukan perundangan Syariah.

“Sebagai contoh, kes murtad Indira Gandhi sebelum ini ‘kita kalah’ kerana tafsiran yang dibuat atas teks Perlembagaan bahasa Inggeris yang menjadi teks sahih.

“Bukan saja teks bahasa kolonial yang perlihat hilang maruah negara berdaulat tetapi prinsip undang-undang dan keluhuran perlembagaan bawah fasal 152 perlu direka yasa bagi membina jati diri bangsa Malaysia,” katanya di sini.

Baru-baru ini Peguam Negara mencadangkan edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Menurutnya bagi tahun 2023, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

Dr Zulkeflee juga berkata, pihak yang menolak dengan hujah teks asal mesti dikekalkan kerana tafsiran makna kata seperti kata jamak ‘ibu bapa’ banding bahasa Inggeris ‘ibu atau bapa’ memperlihatkan minda daif dalam disiplin bidang morfologi bahasa khususnya bahasa Melayu.

Sumber: Harakahdaily

 

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending