Antarabangsa
Hampir 60, 000 kematian akibat Covid dilaporkan dalam tempoh sebulan di China
Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan Covid dilapor dalam masa lebih sebulan, iaitu jumlah kematian terbesar pertama dikeluarkan negara itu sejak sekatan virus dilonggarkan pada awal Disember lalu.
- Ketua Biro Pentadbiran Perubatan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui pada Sabtu lalu berkata, China merekodkan 59,938 kematian berkaitan Covid antara 8 Disember 2022 hingga 12 Januari tahun ini.
- Angka itu hanya merujuk kepada kematian direkodkan di fasiliti perubatan di mana jumlah keseluruhan kematian mungkin jauh lebih tinggi.
- Beijing sebelum ini menyemak semula metodologinya untuk mengkategorikan kematian Covid mengatakan hanya mereka meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan sahaja akan dikategorikan mati disebabkan jangkitan virus itu.
Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan hampir 60,000 kematian berkaitan Covid dilapor dalam masa lebih sebulan, iaitu jumlah kematian terbesar pertama dikeluarkan negara itu sejak sekatan virus dilonggarkan pada awal Disember lalu.
Ketua Biro Pentadbiran Perubatan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui pada Sabtu lalu berkata, China merekodkan 59,938 kematian berkaitan Covid antara 8 Disember 2022 hingga 12 Januari tahun ini.
Angka itu hanya merujuk kepada kematian direkodkan di fasiliti perubatan di mana jumlah keseluruhan kematian mungkin jauh lebih tinggi.
Katanya, jumlah itu termasuk 5,503 kematian disebabkan kegagalan pernafasan akibat jangkitan virus itu, manakala 54,435 kematian disebabkan golongan berpenyakit, namun dijangkiti Covid-19.
Negara yang didakwa penyebab penularan wabak Covid-19 itu berdepan kritikan kerana tidak melaporkan jumlah sebenar kematian akibat virus itu sejak meninggalkan dasar sifar-Covid pada awal Disember.
Beijing sebelum ini menyemak semula metodologinya untuk mengkategorikan kematian Covid mengatakan hanya mereka meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan sahaja akan dikategorikan mati disebabkan jangkitan virus itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kritikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyifatkan definisi baru itu “terlalu sempit.”
Sumber : TRT World
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times