Connect with us

Terkini

(VIDEO) Wajarkah kerajaan tanggung ‘kos’ perlindungan gaya hidup songsang?

Seorang pempengaruh, Shahid Bolsen menjelaskan mengapa dia menyokong pendapat Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengembangkan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada pengamal homoseks.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wajarkah kerajaan tanggung ‘kos’ perlindungan gaya hidup songsang?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Seorang pempengaruh, Shahid Bolsen menjelaskan mengapa dia menyokong pendapat Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang tidak bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengembangkan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) kepada pengamal homoseks.

Menerusi video yang dikongsikan Shadid menerusi akaun Middle Nation di laman Tiktok itu, dia menjelaskan kaedah ‘abstinence’ (berpantang dari hubungan seks) itu diakui jauh lebih berkesan berbanding penggunaan ubat PrEP yang hanya mengurangkan risiko jangkitan

“Secara teori, anda boleh terjun dari tangga dan mungkin tidak tercedera. Tapi saya rasa kita semua bersetuju yang lebih masuk akal jika kita tidak terjun langsung dari tangga”

Dia juga berkata yang memang ada segelintir syarikat farmaseutikal mempromosikan gaya hidup yang tidak sihat dan berisiko supaya dapat mewujudkan permintaan terhadap ubat-ubatan.

Jelasnya, ada sebab mengapa syarikat-syarikat besar cenderung untuk mengetepikan nilai-nilai tradisional dan akhlak keagamaan.

“Mereka akan berkata sedang memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia, tapi sebenarnya ia adalah perjuangan kebinasaan diri dan kebergantungan terhadap produk mereka.”

Video tersebut turut mendapat perhatian Dr Rafidah yang turut mengulang kongsi video tersebut di Facebooknya. 

Malangnya video tersebut telah disekat TikTok- The Merdeka Times

Author