Connect with us

Terkini

Tiga jenayah berat dan kejam wajar dikekalkan hukuman mati mandatori – peguam

Terdapat tiga jenis jenayah berat dan kejam yang patut dikekalkan hukuman mati mandatori. Peguam, Lukman Sheriff berkata di bawah undang-undang di negara ini kita mempunyai kurang daripada 15 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.

Hidayah Sani

Published

on

Tiga jenayah berat dan kejam wajar dikekalkan hukuman mati mandatori - peguam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertama; merancang atau melakukan sesuatu untuk membunuh Agung (Seksyen 121A Kanun Keseksaan).
  • Kedua; membunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan).
  • Jenayah ketiga wajar dikekalkan hukuman mandatori adalah menculik (hostage taking) rakyat Malaysia dan membunuh mereka (Seksyen 374A Kanun Keseksaan).
  • “Kenapa heinous crime tak boleh jadi discretionary pula?Anda mungkin tertanya. Pada saya, sekiranya ada pilihan/discretion, kemungkinan dihukum hakim dengan hukuman mati hampir tiada.” – peguam, Lukman Sheriff
  • Eropah mahu menghapuskan semua hukuman mati kerana ingin menjadikannya sebagai satu piawaian hak asasi manusia baharu, bagaimanapun dalam pada itu masyarakat perlu maklum bahawa Amerika Syarikat juga masih mengamalkan hukuman mati.

KUALA LUMPUR –  Terdapat tiga jenis jenayah berat dan kejam yang patut dikekalkan hukuman mati mandatori.

Peguam, Lukman Sheriff berkata di bawah undang-undang di negara ini kita mempunyai kurang daripada 15 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.

Beliau bersetuju sekiranya majoriti daripada kesalahan itu menjadi ‘discreationary’ atau budi bicara, namun hukuman mandatori tetap perlu dikenakan kepada jenayah berat atau heinous crime.

“Saya berpandangan ada beberapa jenayah heinous yang patut kita kekalkan mandatori. Satu merancang atau melakukan sesuatu untuk membunuh Agung (Seksyen 121A Kanun Keseksaan). Ini tiada excuse

“Tak boleh terima langsung. Kita perlu send “signal” bahawa sesiapa bercadang membunuh Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diterima masyarakat Malaysia dan “penderhakaan” terbesar.

“Kedua membunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan). Saya ada pengalaman di mana saudara jauh saya dirogol dibunuh ketika balik sekolah. Ini tiada maaf bagi saya. Sesiapa yang berniat membunuh dan melakukannya mesti dihukum setimpal. 

“Hakim patut tiada pilihan kepada pembunuhan terancang (premeditated murder). Satu pengecualian bagi saya yang boleh dipertimbangkan iaitu kalau keluarga sendiri mahu memaafkan mereka dan itu pun dalam keadaan tertentu. 

“Tetapi dalam pengalaman berjumpa dengan keluarga mangsa terlibat, pada mereka hukuman mati pun tak setimpal dengan kehilangan insan tersayang. Ini belum kira kesusahan menimpa keluarga mereka akibat kehilangan ahli keluarga tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata jenayah ketiga yang wajar dikekalkan hukuman mandatori adalah menculik (hostage taking) rakyat Malaysia dan membunuh mereka (Seksyen 374A Kanun Keseksaan).

Katanya, kesalahan itu adalah selari dengan jenayah kedua iaitu mangsa dijadikan tebusan kemudian dibunuh.

Lukman menyifatkan situasi ini satu hal yang cukup sengsara untuk dilalui mangsa dan keluarga berikutan itu baginya, ketiga-ketiga kesalahan itu wajar tidak diberi pilihan atau tidak tertakluk kepada budi bicara hakim.

“Kenapa heinous crime tak boleh menjadi discretionary pula? Anda mungkin tertanya. Pada saya, sekiranya ada pilihan/discretion, kemungkinan dihukum hakim dengan hukuman mati hampir tiada.

“Saya terus terang mengaku saya tiada statistik. Tetapi kerajaan boleh keluarkan untuk hukuman mati discretionary berapakah yang dihukum mati. Kecuali lah dibuktikan sebaliknya, saya yakin jika pilihan diberi, hukuman mati tidak dijatuhkan oleh kebanyakan hakim. Wallahualam,” katanya.

Beliau yang tidak bersetuju dengan penghapusan semua kesalahan mandatori hukuman gantung berkata, perkara sedemikian berulang-kali dibangkitkan di bawah semua kerajaan.

Katanya, beliau menyedari badan kerajaan kini ditekan Britain dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghapuskan hukuman mati, namun jelasnya nilai budaya Malaysia serta EU adalah berbeza.

Lukman mengatakan blok berpengaruh dunia itu mahu menghapuskan semua hukuman mati kerana ingin menjadikannya sebagai satu piawaian hak asasi manusia baharu, bagaimanapun dalam pada itu masyarakat perlu maklum bahawa Amerika Syarikat juga masih mengamalkan hukuman mati.

“Ramai perlu tahu, antara aspek dalam menentukan hukuman, kita patut mengambil kira nilai dan penerimaan masyarakat. Di barat (eropah) rakyat mereka tolak sepenuhnya hukuman mati dan undang-undang mereka diubah sedemikian.

“Tetapi di Amerika Syarikat (US) majoriti masih mahukan hukuman mati atas pelbagai sebab termasuk agama. Sebab itu hukuman mati pada masa ini tidak nampak dimansuhkan di AS.

“Di negara kita, rata-rata tidak setuju ia dimansuhkan. Terdapat tentangan dahulu. Kami termasuk keluarga mangsa antara yang menentang pemansuhan hukuman dalam jawatankuasa diketuai Richard Malanjum. Bagi muslim, nilai hukuman mati pula merupakan sebahagian dari tradisi hukuman jenayah islam.

“Akibat tentangan ini, kerajaan telah mengurangkan hukuman mati, dikekalkan dalam bentuk discretionary dan bukan mandatori. Maksudnya jika disabitkan kesalahan, hakim ada budi bicara menentukan hukuman mati.

“Jadi, jika dilihat secara luaran, apa masalah ini? Hukuman mati masih adakan? Tetapi isu ini patut didalami oleh masyarakat kerana melibatkan hak umum,”  katanya.

Beliau berkata situasi ini berbeza dengan mandatori di mana hakim tiada pilihan dan mesti jatuhkan hukuman mati apabila kesalahan disabitkan.

“Ada yang mungkin setuju lebih atau kurang dari di atas. Tetapi biarlah rakyat tentukan. Lagipun hukuman ini untuk menjadi penghalang dari melakukan jenayah berat yang dipandang rakyat.

“Untuk ini, kerajaan patut dapat pandangan umum. Saya tiada laporan Richard Malanjum tetapi pada saya mereka patut mendapat pandangan masyarakat yang lebih menyeluruh. Kerajaan tidak perlu terikat keseluruhannya,” katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengatakan bahawa Kabinet bersetuju meneruskan usaha menyemak undang-undang berkaitan dengan hukuman mati mandatori.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah meneliti dasar pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori melibatkan 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori sebagaimana peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Rang undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori  dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending