Connect with us

Antarabangsa

Seks luar nikah akan diharamkan di Indonesia

Parlimen Indonesia dijangka meluluskan undang-undang jenayah baharu dalam bulan ini yang akan menghukum pelaku hubungan seks di luar ikatan perkahwinan dengan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Wartawan TMT

Published

on

Seks luar nikah akan diharamkan di Indonesia
Foto: Penunjuk perasaan berdemonstrasi pada Jun menentang cadangan kanun jenayah baharu Indonesia, yang akan menjadikan hubungan seks di luar perkahwinan sebagai jenayah
  • Parlimen Indonesia dijangka luluskan undang-undang jenayah baharu bulan ini yang menghukum pelaku hubungan seks di luar perkahwinan.
  • Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).
  • Ia terpakai kepada warganegara Indonesia dan rakyat asing tetapi hukuman zina hanya berkuat kuasa sekiranya ada pihak buat aduan kepada pihak berkuasa.
  • Duduk serumah berlainan jantina sebelum berkahwin juga akan diharamkan dan mereka disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

JAKARTA – Parlimen Indonesia dijangka meluluskan undang-undang jenayah baharu dalam bulan ini yang akan menghukum pelaku hubungan seks di luar ikatan perkahwinan dengan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Bambang Wuryanto yang terlibat merangka draf itu berkata, undang-undang jenayah baharu tersebut dijangka diluluskan seawal  minggu depan.

Undang-undang itu jika diluluskan, akan terpakai kepada warganegara Indonesia dan juga rakyat asing tetapi hukuman zina hanya boleh berkuat kuasa sekiranya ada pihak membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Bagi yang sudah berumah tangga  pula, pihak  berhak membuat aduan ialah suami atau isteri kepada pelaku hubungan seks di luar perkahwinan itu.

Undang-undang baharu itu juga membenarkan ibu bapa melaporkan kepada pihak berkuasa jika anak mereka yang belum mendirikan rumah tangga didapati melakukan hubungan seks iaitu perbuatan haram dan salah di sisi agama Islam.

Duduk serumah berlainan jantina sebelum berkahwin juga akan diharamkan dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.

Dalam pada itu, kumpulan-kumpulan perniagaan menyatakan kebimbangan mengenai kerosakan yang mungkin berlaku disebabkan oleh pelaksanaan peraturan baru tersebut terhadap imej Indonesia sebagai destinasi percutian dan pelaburan terkenal.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Indonesia (APINDO), Shinta Widjaja Sukamdani berkata, bagi sektor perniagaan, pelaksanaan undang-undang itu akan mewujudkan ketidakpastian undang-undang yang boleh mendorong para pelabur  mempertimbangkan semula untuk melabur di negaranya.

Sebelum ini, undang-undang bagi mengelakkan hubungan seks sebelum berkahwin itu ditetapkan untuk diluluskan pada tahun 2019 tetapi ia mencetuskan bantahan di seluruh negara dengan puluhan ribu orang mengambil bahagian dalam demonstrasi di Indonesia.

Ramai orang termasuk pelajar turun ke jalanan di bandar-bandar seluruh Indonesia dengan pertempuran  antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan pernah berlaku di ibu kota negara tersebut, Jakarta.

Undang-undang ketat mengenai seks dan hubungan antara lelaki dan wanita pernah dilaksanakan di wilayah Aceh yang mempunyai majoriti penduduk muslim Indonesia di Pulau Sumatera.

Wilayah Aceh terkenal kerana menguatkuasakan hukum syarak dan telah menghukum pesalah-pesalah selepas mereka didapati bersalah melakukan perbuatan seperti berjudi, minum arak dan berkhalwat.

Dalam satu kes pada tahun 2021, dua lelaki yang melakukan hubungan seks menerima 77 kali sebatan daripada seorang pegawai polis dalam hukuman rotan awam.

Pada tahun  sama, seorang wanita dan lelaki masing-masing dikenakan 20 kali sebatan kerana ditangkap sedang berdua-duaan, manakala  dua lelaki dikenakan 40 kali sebatan setiap seorang kerana didapati mabuk akibat minum arak. – Agensi

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas” – Protes Jordan

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel.
  • Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.
  • TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.
  • “Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • Al Jazeera pula melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.

“Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada plakad tertulis “Amman-Gaza satu takdir”, manakala poster lain pula menggambarkan jurucakap bertopeng pejuang Hamas, Abu Obaida yang menjadi wira masyarakat dunia Arab.

Kedutaan Israel, di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama lima hari berturut-turut telah lama menjadi tempat tumpuan bilamana meningkatnya keganasan di antara Palestin dan Israel.

Al Jazeera melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending