Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB undi terima resolusi tamatkan keganasan di Myanmar

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melakukan undian menerima pakai resolusi menuntut penamatan semua keganasan di Myanmar, selain menggesa penghentian segera pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan PBB esok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Majlis Keselamatan PBB undi terima resolusi tamatkan keganasan di Myanmar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Keselamatan PBB akan lakukan undian terima pakai resolusi menuntut penamatan keganasan di Myanmar selain menggesa penghentian segera pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan PBB esok.
  • Resolusi itu akan menggesa junta Myanmar bebaskan semua tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi, laksanakan pelan damai ASEAN dan membenarkan peralihan demokrasi.
  • Myanmar ketika ini berada dalam krisis sejak tentera ambil alih kuasa kerajaan Februari tahun lalu, selain menahan pemimpin politik dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat melakukan protes pro-demokrasi.
  • “Kita masih mengusahakannya. Ia mungkin menjejaskan proses perdamaian di Myanmar dan jika sesuatu yang tidak boleh diterima diterima pakai, kita tidak akan bekerjasama,” kata Duta Besar Russia, Vassily Nebenzia.

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melakukan undian menerima pakai resolusi menuntut penamatan semua keganasan di Myanmar, selain menggesa penghentian segera pemindahan senjata ke Myanmar dan mengancam sekatan PBB esok.

Resolusi berkenaan juga akan menggesa junta Myanmar membebaskan semua tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi, melaksanakan pelan damai ASEAN dan membenarkan peralihan demokrasi.

Myanmar ketika ini berada dalam krisis sejak tentera mengambil alih kuasa kerajaan Suu Kyi pada Februari tahun lalu, selain menahan pemimpin politik dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang melakukan protes pro-demokrasi.

15 anggota Majlis Keselamatan PBB sebelum ini berbahagi pendapat mengenai konflik di Myanmar dengan diplomat menjelaskan bahawa China dan Russia dijangka melindungi junta Myanmar daripada dikenakan tindakan tegas.

Setakat ini, mereka hanya bersetuju dengan kenyataan rasmi mengenai tindakan tentera Myanmar berhubung krisis Muslim Rohingya pada 2017 yang memaksa lebih 700,000 etnik itu melarikan diri ke Bangladesh.

Rundingan mengenai resolusi yang digubal oleh British itu bermula pada September lalu, dan melalui teks awal, yang pernah dilihat oleh Reuters menunjukkan resolusi itu menggesa penghentian serta-merta pemindahan senjata ke Myanmar dan ancaman sekatan PBB, namun ianya sudah dikeluarkan.

Untuk diterima pakai resolusi itu, Majlis Keselamatan PBB memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undian menyokong dan tiada undi veto oleh Russia, China, Amerika Syarikat (AS), Perancis atau Britain.

“Kita masih mengusahakannya. Ia mungkin menjejaskan proses perdamaian di Myanmar dan jika sesuatu yang tidak boleh diterima diterima pakai, kita tidak akan bekerjasama,” kata Duta Besar Russia ke PBB, Vassily Nebenzia.

Bagaimanapun wakil diplomat China ke PBB tidak menjawab permintaan untuk mengulas teks draf resolusi berkenaan.

Melalui draf resolusi yang dilihat oleh Reuters, turut menyatakan mengenai ‘kebimbangan yang mendalam’ terhadap keadaan darurat yang berterusan yang dikenakan oleh tentera apabila mereka merampas kuasa’ dan ‘impak yang teruk’ terhadap rakyat Myanmar.

Ia turut menggesa ‘tindakan konkrit dan segera’ untuk melaksanakan pelan damai yang dipersetujui oleh ASEAN serta menggesa untuk menegakkan institusi dan proses demokrasi malah perlu meneruskan dialog dan perdamaian yang membina, selaras dengan kehendak dan kepentingan rakyat negara itu. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *