Connect with us

Terkini

Mahkamah Anak Negeri Sabah harus sedia hadapi isu kahwin bawah umur

Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan Kabinet, ujar Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Anak Negeri Sabah harus sedia hadapi isu kahwin bawah umur
Foto: Jannie Lasimbang.
  • Mahkamah Anak Negeri Sabah perlu sedia menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun selepas pindaan undang-undang diluluskan Kabinet.
  • Perkahwinan mengikut adat di negeri itu tidak mempunyai had umur minima, dan dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri.
  • “Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan,”- ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang.

Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu bersedia untuk menangani kes-kes permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun sebaik sahaja pindaan undang-undang diluluskan Kabinet, ujar Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang.

Setakat ini, ujarnya, perkahwinan mengikut adat di negeri itu tidak mempunyai had umur minima, dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran ketua-ketua adat di Mahkamah Anak Negeri.

“Langkah meminda had umur perkahwinan adalah selaras dengan peranan dan tanggungjawab Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-kanak dan Konvensyen untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang memperuntukkan hak kanak-kanak dilindungi dari segala bentuk keganasan dan penganiayaan serta hak wanita berhubung perkahwinan,” katanya semasa perasmian “Dialog isu-isu berkenaan langkah meminda had umur perkahwinan di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri, khususnya Kaedah Undang-undang Adat Anak Negeri” anjuran PACOS Trust.

Tambahnya, beliau telah memulakan proses pindaan undang-undang itu semasa berada di Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (KUHEANS), yang antara lainnya menjadi langkah-langkah menghentikan Perkahwinan Bawah Umur 18 tahun (PBU18) di Sabah seperti terkandung dalam Pelan Tindakan 10 Tahun.

Pelan Tindakan tersebut adalah hasil kajian dan forum antara pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta ketua-ketua masyarakat.

“Usaha masakini untuk teruskan pelaksanaan Pelan Tindakan melibatkan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang akan fokuskan kepada pendidikan sosial, manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan lebih kepada pindaan undang-undang dan perlatihan kakitangan Mahkamah Anak Negeri.

“Saya difahamkan Jabatan Peguam Negeri Sabah bersama sebuah komiti khas telah meniapkan Kertas Kabinet berkaitan Pindaan kepada Kaedah Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan akan di bentangkan dalam Kabinet oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada masa yang terdekat.

“Saya amat berharap Pindaan tersebut diluluskan dengan segera supaya Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan Jabatan Peguam Negeri dapat memberi latihan kepada ketua-ketua adat yang jelas semasa Dialog menyatakan keperluan garis panduan dan Arahan Amalan dalam menangani permohonan PBU18,” katanya lagi.

Jannie menambah, PBU18 membawa pelbagai implikasi negatif dari aspek sosial dan kesihatan seorang kanak-kanak dan perempuan.

“Isu-isu utama yang dibangkitkan oleh peserta dari kalangan Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri dalam Dialog tersebut termasuk kes penceraian yang semakin meningkat, lingkaran kemiskinan serta penderitaan dan tekanan mental terutamanya di kalangan kanak-kanak yang telah hamil.

“Oleh itu, bersamaan dengan pindaan dan pelaksanaan undang-undang berkenaan PBU18, adalah penting juga untuk mengadakan pendidikan sosial melalui kempen di media sosial dan dalam masyarakat luar bandar. Pelbagai opsyen selain memaksa anak yang hamil untuk kahwin pada usia muda harus diberikan seperti mendaftarkan mereka sebagai ibu tunggal atau menyerahkan anaknya untuk diambil sebagai anak angkat.

Justeru, beliau menghargai semua usaha PACOS Trust dalam mengendalikan program pendidikan sosial bersama sekolah menengah dan pekerja muda bagi meningkatkan usaha bersama Jabatan-jabatan kerajaan untuk mencari dana untuk program selajutnya.

Sumber: Astro Awani

 

 

Author

Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending