Connect with us

Antarabangsa

Lelaki 60 tahun mengaku sumbang mahram anak OKU lembam

Seorang lelaki berusia 60 tahun telah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang mempunyai kelainan keupayaan intelektual.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki 60 tahun mengaku sumbang mahram anak OKU lembam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki berusia 60 tahun mengaku bersalah terhadap dua tuduhan laku sumbang mahram dengan anak perempuannya kelainan keupayaan intelektual.
  • Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon berkata mangsa dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan dan dibesarkan di negara lain bawah jagaan nenek.
  • Tertuduh melakukan perbuatan seksual sebanyak  empat kali bahkan menayangkan video lucah kepada mangsa.

SINGAPURA, 08 Disember 2022 – Seorang lelaki berusia 60 tahun telah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang mempunyai kelainan keupayaan intelektual.

Tertuduh telah dituduh dengan empat tuduhan berkaitan jenayah tersebut namun dua lagi tuduhan akan dibicarakan untuk dikenakan terhadap warga Singapura itu yang dijadualkan pada 23 Disember tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon telah menyatakan kepada mahkamah bahawa mangsa yang merupakan seorang sukarelawan di sebuah organisasi kebajikan bagi orang kurang upaya intelektual, telah dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan dan dibesarkan di negara lain di bawah penjagaan nenek sebelah ibunya.

Ibu bapa kandung mangsa kemudiannya telah berkahwin pada tahun 2002. Namun mangsa hanya bertemu bapa kandungnya buat kali pertama pada tahun 2008 ketika mangsa berusia sekitar 14 tahun..

Mereka hanya bertemu sebanyak dua kali sebelum mangsa kemudiannya berpindah ke Singapura untuk tinggal bersama dengan kedua ibu bapa kandungnya pada sekitar 2014, di usia 19 tahun.

Menurut Poon, kejadian sumbang itu telah berlaku beberapa kali dan ianya bermula pada tahun 2019, di mana lelaki tersebut menunjukkan alat sulitnya kepada mangsa dan mengarahkan mangsa untuk menyentuhnya.

Setelah itu, tertuduh dikatakan telah melakukan perbuatan seksual dengan mangsa sekurang-kurangnya empat kali. Bahkan tertuduh turut menayangkan video lucah kepada mangsa.

Poon menyatakan kepada pihak mahkamah bahawa beliau berkehendak untuk tertuduh dikenakan hukuman penjara sekitar tiga ke tiga tahun setengah, dan empat dan empat tahun setengah untuk dua pertuduhan lain di mana tertuduh telah mengaku bersalah.

Sumber : Samudera

 

 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending