Connect with us

Terkini

Kempen ‘Equalize’ UNAIDS bertentangan dengan status Malaysia sebagai negara Islam

UNAIDS merupakan salah satu inisiatif antarabangsa yang meletakkan sasaran bagi mengakhiri epidemik AIDS pada 2030. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kempen ‘Equalize’ UNAIDS bertentangan dengan status Malaysia sebagai negara Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kempen UNAIDS perlu diperhalusi lagi memandang Malaysia sebuah negara Islam.
  • Menurut pengguna FB Anas Ghazali, antara mesej yang ingin dibawa oleh UNAIDS adalah pengiktirafan kaum LGBT.
  • “Islam menolak golongan LGBT ini, tetapi tidak bermakna Islam mengenepikan mereka bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
  • Katanya, Malaysia mampu merangka dan merancang inisiatif yang lebih bersesuaian dengan situasi negara dari semasa ke semasa.

KUALA LUMPUR – UNAIDS merupakan salah satu inisiatif antarabangsa yang meletakkan sasaran bagi mengakhiri epidemik AIDS pada 2030. 

Namun begitu kempen tersebut bertentangan dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Seperti dipetik pengguna Facebook Anas Ghazali, kempen ini perlu diperhalusi lagi. 

“Bila kita lihat sekali lalu nampak seperti tiada apa yang mencurigakan, tetapi apabila dilihat secara lebih mendalam, kempen Equalize oleh UNAIDS ini mengandungi mesej-mesej yang tidak kena dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Antara komponen yang ingin dibawa oleh UNAIDS adalah mengiktiraf golongan LGBT yang pada mereka, diskriminasi terhadap golongan ini telah menyebabkan target mereka untuk mengakhiri AIDS terbantut,” katanya

Jadi tidak hairanlah, ujarnya, apabila UNAIDS mengucapkan tahniah kepada Singapura selepas negara itu membenarkan hubungan lelaki sesama lelaki.

Menurutnya, Inisiatif bagi memberikan rawatan yang sama rata bagi semua penghidap HIV adalah baik.

Namun, jelasnya, apabila mereka meletakkan isu kesamarataan dan penerimaan golongan LGBT ini sama sekali bercanggah dengan apa yang ingin dibawa oleh agama Islam. 

“Islam menolak sama sekali dengan keras golongan LGBT ini, tetapi tidak bermakna Islam mengenepikan mereka bagi mendapatkan rawatan.

“Kerisauan kita adalah jika kempen ini dibawa masuk secara menyeluruh ke dalam Malaysia kerana ia bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah Melayu Muslim. 

“Sebenarnya Malaysia sudah berada di landasan yang betul dalam mengekang HIV menular dengan lebih banyak, di mana kita telah mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus kes jangkitan baru HIV/AIDS dalam 20 tahun kebelakang,” katanya.

Liputan rawatan ubat antiretroviral (ARV) kepada penghidap yang hidup dengan HIV (ODHA) meningkat daripada 28 peratus pada 2015 kepada 66 peratus pada 2021.

“Kita mampu merangka dan merancang inisiatif yang lebih bersesuaian dengan situasi di dalam Malaysia. 

“Langkah pencegahan juga perlu diperhebatkan dengan kempen-kempen yang menolak sama sekali gaya hidup LGBT dan mengekang penyebaran dan normalisasi aktiviti ini,” katanya.

Pada masa sama, tambahnya, akses kesihatan dan rawatan tetap diberikan sama rata bagi golongan ODHA. 

“Kerjasama perlu dilaksanakan bersama jabatan agama bagi langkah pemulihan golongan LGBT dan inisiatif ini perlu diperkasakan lagi, dengan tidak membiarkan jabatan agama bergerak sendirian tanpa sokongan dari bahagian perubatan sendiri. 

“Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya mengamalkan Islam, maka apa-apa kempen yang dibawa oleh barat perlu diteliti dahulu supaya apa yang ingin dibawa di negara kita ini sama sekali tidak bercanggahan dengan norma kita yang sebenar,” jelasnya.  — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Anas Ghazali

 

 

 

Author