Connect with us

Antarabangsa

FDA saring kelompok gay, biseksual derma darah

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat bakal melakukan saringan bagi kelompok gay dan biseksual untuk menampung bekalan darah yang semakin berkurangan.

Wartawan TMT

Published

on

FDA saring kelompok gay, biseksual derma darah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • FDA bakal melakukan saringan bagi kelompok gay dan biseksual untuk menampung bekalan darah yang semakin berkurangan di Amerika Syarikat.
  • Jurucakap FDA berkata agensi itu akan melakukan penilaian risiko terhadap gay yang melakukan hubungan seks dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.
  • “Pada 2015, lelaki gay dan biseksual dibenarkan menderma jika mereka tidak melakukan hubungan seksual pada tahun sebelumnya,” katanya.
  • Pendekatan baharu itu bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara aktivis yang tidak mahu sekatan pendermaan darah dalam kalangan lelaki gay dan biseksual serta bank darah yang ingin menghapuskan risiko penerima darah mendapat jangkitan HIV.

 

AMERIKA SYARIKAT – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat bakal melakukan saringan bagi kelompok gay dan biseksual untuk menampung bekalan darah yang semakin berkurangan.

Jurucakap FDA berkata agensi itu akan melakukan penilaian risiko untuk menggantikan larangan semasa ke atas lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.

“Sudah lama FDA tidak menggalakkan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki daripada menderma darah.

“Larangan mula dilaksanakan sekitar tahun 1980-an, ketika wabak HIV sedang menular ketika itu. 

“Pada 2015, lelaki gay dan biseksual dibenarkan menderma jika mereka tidak melakukan hubungan seksual pada tahun sebelumnya,” katanya seperti dipetik New York Times.

Beliau berkata ketetapan baharu itu memerlukan gay yang melakukan hubungan seks untuk mengisi soal selidik mengenai penggunaan kondom dan aktiviti seksual.

“Ia masih dalam perbincangan, bagi yang tidak bertukar pasangan dalam tempoh tiga bulan lalu dibolehkan untuk menderma darah,” katanya.

Pendekatan baharu itu bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara aktivis yang tidak mahu sekatan pendermaan darah dalam kalangan lelaki gay dan biseksual serta bank darah yang ingin menghapuskan risiko penerima darah mendapat jangkitan HIV.

Naib Presiden Hal Ehwal Saintifik untuk Palang Merah Amerika, Susan Stramer pula berkata kajian itu bertujuan “untuk menjadikan proses pendermaan darah lebih inklusif sambil mengekalkan keselamatan bekalan darah”.

“Walaupun kami belum dimaklumkan oleh FDA mengenai perubahan dasar pada masa ini, Palang Merah berharap agar pada masa akan datang kelayakan derma tidak berdasarkan orientasi seksual, dan lebih ramai individu yang sihat boleh memberikan darah untuk membantu pesakit yang memerlukan,” katanya.

Terbaru, kira-kira satu perempat atau 16 daripada Pusat Darah Amerika  mempunyai bekalan kurang daripada sehari.

 

Sumber: New York Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending