Antarabangsa
Dewan Perwakilan AS lulus RM3,767 bilion untuk pertahanan
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) pertahanan tahunannya pada Khamis bernilai AS$858 bilion (RM3,767 bilion).
WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) pertahanan tahunannya pada Khamis bernilai AS$858 bilion (RM3,767 bilion).
Agensi berita Anadolu melaporkan RUU itu akan merangkumi perbelanjaan Jabatan Pertahanan dan menetapkan dasar keselamatan negara bagi tahun 2023.
Dewan perwakilan itu meluluskan Akta Penguatkuasaan Pertahanan Nasional (NDAA) melalui undian dwipartisan 350-80.
Pindaan yang diperkenalkan di dewan perundangan itu membuat penjualan jet pejuang F-16 kepada kontinjen Turkiye dengan beberapa syarat dikeluarkan pada Selasa lalu oleh penggubal undang-undang AS.
Sumber: Anadolu