Connect with us

Antarabangsa

11,000 kanak-kanak maut, cacat akibat Peperangan Yaman – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menjelaskan lebih 11,000 kanak-kanak dikatakan maut atau cacat susulan peningkatan ketegangan perang saudara Yaman, hampir lapan tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

11,000 kanak-kanak maut, cacat akibat Peperangan Yaman - PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PBB hari ini menjelaskan lebih 11,000 kanak-kanak maut atau cacat susulan peningkatan ketegangan perang saudara Yaman, hampir lapan tahun lalu.
  • Perang Yaman tercetus pada 2014, menyaksikan pemberontak Huthi disokong Iran segera merampas ibu kota Sanaa, mendorong campur tangan tentera pimpinan Arab Saudi bagi menyokong kerajaan, pada 2015.
  • Sejak peristiwa itu, ratusan ribu maut, sama ada akibat pertempuran atau melalui air minuman tercemar, wabak penyakit, kebuluran dan kesan lain.
  • “Kira-kira 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami kekurangan zat makanan akut dengan satu perempat daripada mereka berusia lima tahun ke bawah, selain kebanyakannya berisiko tinggi menghidap taun, demam campak dan penyakit lain yang boleh dicegah menerusi vaksin,”- Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

DUBAI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menjelaskan lebih 11,000 kanak-kanak dikatakan maut atau cacat susulan peningkatan ketegangan perang saudara Yaman, hampir lapan tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell, berkata jumlah sebenar kematian bagi krisis kemanusiaan terburuk di dunia itu berkemungkinan jauh lebih tinggi.

Katanya, ribuan kanak-kanak maut, manakala ratusan ribu lagi berkemungkinan di ambang kematian ekoran penyakit boleh dicegah atau kebuluran.

“Kira-kira 2.2 juta kanak-kanak Yaman mengalami kekurangan zat makanan akut dengan satu perempat daripada mereka berusia lima tahun ke bawah, selain kebanyakannya berisiko tinggi menghidap taun, demam campak dan penyakit lain yang boleh dicegah menerusi vaksin,” katanya.

Perang Yaman tercetus pada 2014, menyaksikan pemberontak Huthi disokong Iran dengan segera merampas ibu kota Sanaa, mendorong campur tangan tentera pimpinan Arab Saudi untuk menyokong kerajaan, pada 2015.

Sejak itu, ratusan ribu maut, sama ada akibat pertempuran atau melalui air minuman tercemar, wabak penyakit, kebuluran dan kesan lain.

Agensi itu mengesahkan sebanyak 3,774 kematian kanak-kanak antara Mac 2015 dan September 2022.

Russell berkata, pihak bertelagah gagal meneruskan gencatan senjata selepas kali terakhir ia dilaksanakan selama enam bulan yang berakhir pada 2 Oktober lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 62 kanak-kanak maut atau cedera sejak itu.

“Pembaharuan segera gencatan senjata akan menjadi langkah pertama positif yang akan membolehkan akses kemanusiaan kritikal. Hanya keamanan berterusan akan membolehkan keluarga membina semula kehidupan mereka dan mula merancang untuk masa depan,” katanya.

Agensi PBB itu juga berkata, 3,904 kanak-kanak lelaki direkrut dalam pertempuran sejak beberapa tahun, manakala lebih 90 kanak-kanak perempuan turut diberi peranan, termasuk bekerja di pusat pemeriksaan.

Sehubungan itu, UNICEF merayu sumbangan AS$484.4 juta (RM2.14 bilion) bagi menangani krisis kemanusiaan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending