Connect with us

Antarabangsa

WUC tuntut tindakan atas kematian keluarga Uyghur dalam kebakaran di Urumchi

Kongres Uyghur Sedunia (WUC) berang tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan tidak kompeten apabila seolah-olah sengaja melambatkan proses menyelamat ketika berlaku kebakaran di sebuah bangunan di Urumchi pada petang Khamis lalu di kawasan kejiranan Tengritagh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

WUC tuntut tindakan atas kematian keluarga Uyghur dalam kebakaran di Urumchi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kongres Uyghur Sedunia (WUC) berang tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan tidak kompeten apabila seolah sengaja melambatkan proses menyelamat ketika berlaku kebakaran di sebuah bangunan di Urumchi pada petang Khamis lalu di kawasan kejiranan Tengritagh.
  • Menurut penduduk setempat, walaupun bomba ada berdekatan dengan bangunan itu, namun mereka tiba tiga jam selepas api sudah merebak.
  • “Sikap tidak berperasaan terhadap kehidupan Uyghur ini adalah sikap rejim China yang menggunakan penutupan COVID sebagai alat meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uyghur,” – Presiden WUC, Dolkun Isa.

 

Kongres Uyghur Sedunia (WUC) berang tindakan pihak berkuasa tempatan yang disifatkan tidak kompeten apabila seolah-olah sengaja melambatkan proses menyelamat ketika berlaku kebakaran di sebuah bangunan di Urumchi pada petang Khamis lalu di kawasan kejiranan Tengritagh.

Menurut laporan media, kebakaran bermula di tingkat 15 sebuah bangunan pangsapuri dihuni keluarga Uyghur. Api dengan cepat merebak ke tingkat atas, mencecah tingkat 19 dan membunuh serta mencederakan puluhan mangsa, termasuk kanak-kanak. 

Menurut penduduk setempat, walaupun bomba ada berdekatan dengan bangunan itu, namun mereka tiba tiga jam selepas api sudah merebak.

Di antara mereka yang maut adalah tiga sekeluarga iaitu ibu, Qemernisan Abdurahman dan anak-anaknya, Nehdiye dan Imran. 

Bapa, Eli Memetniyaz dan anak sulung mereka, Eliyas Eli masing-masing menjalani hukuman penjara 12 tahun dan sepuluh tahun.

‘‘Masyarakat Uyghur amat tertekan selepas mendengar berita ngeri mengenai banyak keluarga yang kehilangan nyawa dalam kebakaran.

“Hakikatnya kerajaan China langsung tiada belas kasihan dan pihak berkuasa tempatan terus mengabaikan keperluan dan tuntutan etnik Uyghur, justeru mereka tidak segera bertindak memadamkan kebakaran. 

“Sikap tidak berperasaan terhadap kehidupan Uyghur ini adalah sikap rejim China yang menggunakan penutupan COVID sebagai alat meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap Uyghur,”  kata Presiden WUC, Dolkun Isa dalam kenyataan.

Sekatan COVID-19 yang berterusan dikenakan di Turkistan Timur, termasuk penutupan sepenuhnya, berkemungkinan juga menghalang proses menyelamat kerana penduduk tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka.

Malah penghalang dan pintu berkunci dipasang pihak berkuasa tempatan, kononnya menghalang individu disyaki terdedah kepada virus itu daripada meninggalkan rumah mereka.

Sejak Ogos lalu, etnik Uyghur di Turkistan Timur mengalami sekatan itu tanpa akses kepada makanan atau rawatan perubatan. 

Akaun media sosial dibanjiri video orang mati akibat pengabaian sepenuhnya daripada pihak berkuasa dan langsung tidak menghiraukan penderitaan Uyghur.

Semua kekejaman ini berlaku susulan Xi Jinping memegang kuasa buat penggal ketiga, menunjukkan dasar genosid di Turkistan Timur berkemungkinan akan berterusan.

Kongres Uyghur Sedunia menyeru perhatian masyarakat antarabangsa untuk bertindak dan meminta China bertanggungjawab atas pelepasan tanggungjawab sepenuhnya dan mengabaikan kehidupan Uyghur. 

WUC juga menyeru kerajaan China memansuhkan langkah penutupan yang melampau berkaitan COVID.

Sumber : Uyghur Congress

 

 

Author