Connect with us

Terkini

Warga FELDA kembali sokong BN – Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) optimis Barisan Nasional (BN) mampu menang di sekurang-kurangnya 50 daripada 54 kerusi dalam kawasan tanah rancangan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Warga FELDA kembali sokong BN - Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda
Foto: Ketiga dari kiri, Tan Sri Rozali Ismail, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
  • “Ketika saya turun padang di tanah rancangan FELDA seluruh negara, jelas didapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan DUN meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung.”
  • “Warga FELDA terdiri generasi pertama, kedua dan ketiga, termasuk pengundi baharu perlu beri undi tanpa berbelah bagi kepada calon BN yang jadi harapan orang FELDA,”
  • Apabila kerajaan baharu dibentuk dan BN dominan, ia mudahkan semua agenda pembangunan dirangka untuk bela masyarakat FELDA di seluruh negara.
  • “Warga FELDA jangan mudah lupakan BN yang banyak berjasa dari dulu dan kini. Jangan hanya kerana satu dua isu dibangkit individu yang memfitnah, kita goyah.” – Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF).

JERANTUT – Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) optimis Barisan Nasional (BN) mampu menang di sekurang-kurangnya 50 daripada 54 kerusi dalam kawasan tanah rancangan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail, berkata ia mengambil kira sambutan warga peneroka terhadap calon yang semakin meningkat, malah majoriti warga FELDA juga sudah ‘berpatah balik’ menyokong BN selepas menolak gabungan itu pada PRU14.

“Ketika saya turun padang di tanah rancangan FELDA seluruh negara, jelas didapati trend sokongan terhadap calon BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat hasil kempen berfakta tanpa janji dan harapan menggunung.

“Warga FELDA terdiri generasi pertama, kedua dan ketiga, termasuk pengundi baharu perlu memberi undi tanpa berbelah bagi kepada calon BN yang menjadi harapan kita orang FELDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kelab Permotoran Storm Rider Junior Peringkat Negeri Pahang di FELDA Jengka 12 di sini, hari ini .

Yang turut hadir Calon BN Parlimen Jerantut, Datuk Zukarmi Abu Bakar dan Calon BN DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.

Pada PRU14 BN hanya memenangi 27 daripada 54 kerusi dalam kawasan FELDA yang pernah dianggap sebagai ‘deposit tetap’ gabungan itu, berbanding 48 kerusi pada PRU13. 

Dalam pada itu, Rozali berkata adalah menjadi sasaran supaya BN mendapat jumlah kerusi selesa dan dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa memerlukan kerjasama dengan gabungan parti lain.

Katanya, apabila kerajaan baharu dibentuk dan BN dominan, ia akan memudahkan semua agenda pembangunan dirangka untuk membela masyarakat FELDA di seluruh negara.

Beliau berkata, GWGF mengambil ketetapan tegas menyokong BN dalam PRU15 selepas mengambil kira rekod buruk kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan ( PH) yang banyak menyusahkan rakyat dan masyarakat peneroka FELDA.

“Warga FELDA jangan mudah melupakan BN yang banyak berjasa kepada mereka dari dulu dan kini. Jangan hanya kerana satu dua isu yang dibangkit individu yang memfitnah, kita mula goyah,” katanya.

Presiden GWGF itu merayu lebih 135,000 ahli berdaftar daripada 317 rancangan dan 11 wilayah mengundi calon BN sekali gus menyumbang pembentukan kerajaan yang kukuh dan kuat.

Tegasnya, sokongan tidak berbelah bahagi terhadap BN dan UMNO juga mengambil kira faktor dan rekod parti, di samping pencapaian dilaksanakan dari dulu pasca merdeka hingga kini.

Sumber : Berita Harian

Author