Connect with us

Terkini

Tiada isu kaum, agama di Kelantan – Paderi

Seorang paderi di Kelantan mengatakan penganut Kristian di negeri itu hidup harmoni bersama orang Islam walaupun terdapat persepsi orang bukan Melayu berkemungkinan ditindas di bawah pemerintahan PAS.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada isu kaum, agama di Kelantan - Paderi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Gereja Presbyterian Kota Bharu, Lim Khet Keang mengatakan penganut Kristian di Kelantan hidup harmoni bersama orang Islam walaupun terdapat persepsi orang bukan Melayu berkemungkinan ditindas di bawah pemerintahan PAS.
  • Beliau menegaskan tidak pernah dihalang mengamalkan kepercayaan agamanya walaupun menjadi sebahagian daripada minoriti yang sangat kecil di Kelantan.
  • Keharmonian itu hanya dapat dicapai dengan sikap saling menghormati dan persefahaman kedua-dua pihak.
  • “Orang Kristian di sini berada dalam keadaan baik. Orang Islam menghormati kami,” kata Khet Keang.

Seorang paderi di Kelantan mengatakan penganut Kristian di negeri itu hidup harmoni bersama orang Islam walaupun terdapat persepsi orang bukan Melayu berkemungkinan ditindas di bawah pemerintahan PAS.

Ketua Gereja Presbyterian Kota Bharu, Lim Khet Keang berkata, beliau menetap di Kelantan sejak berusia 10 tahun dan dalam tempoh itu beliau tidak pernah dihalang daripada mengamalkan kepercayaan agamanya walaupun menjadi sebahagian masyarakat minoriti yang sangat kecil di Kelantan.

Sebaliknya, Khet Keang, 56, berkata hubungan antara orang Islam dan bukan Islam di Kelantan sangat baik, bukan seperti apa dipaparkan di media sosial.

Bercakap kepada MalaysiaNow, paderi itu berkata keharmonian itu hanya dapat dicapai dengan sikap saling menghormati dan persefahaman kedua-dua pihak.

“Orang Kristian di sini berada dalam keadaan baik. Orang Islam menghormati kami.

“Mungkin mereka tidak melihat kami sebagai ancaman memandangkan bukan Melayu hanya membentuk tiga peratus  daripada populasi di Kelantan,” katanya.

Kebimbangan tentang apa yang dipanggil teokrasi PAS timbul berikutan keputusan pilihan raya umum 19 November lalu yang menunjukkan sebilangan besar pengundi Melayu mengalihkan sokongan mereka daripada Barisan Nasional dan UMNO kepada PAS.

PAS, yang merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum – 49 kerusi Parlimen – diikuti DAP dengan 40 kerusi Parlimen.

Seiring itu, ramai pengguna media sosial menjadikan pentadbiran PAS di Kelantan sebagai alasan untuk menolak parti Islam itu.

Khet Keang menegaskan adalah tidak adil mengkritik PAS berdasarkan pendiriannya dalam menegakkan ajaran Islam sebaliknya parti itu perlu dinilai berdasarkan pembangunan negerinya.

“Tiada isu kaum atau agama di sini,” kata Khet Keang. 

“Tetapi tidak dinafikan pembangunan lebih perlahan berbanding di negeri lain,” katanya.

Khet Keang, yang menjadi paderi di Kelantan selama lebih 30 tahun, juga mengalu-alukan Muhyiddin Yassin atau Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri asalkan kedua-duanya mengutamakan perpaduan dan keharmonian.

“Tidak kisah bagi saya yang menjadi perdana menteri kerana kerajaan sekarang nampak agak lemah.

“Kita mesti memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat jika kita mahu terus maju,” kata Khet Keang.

Sumber : Malaysia Now

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending