Terkini
Sabah kini punya MAHAS, platform isu halal Sabah
Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) bagi mengendali dan menyelaraskan isu halal di negeri ini.

- Kerajaan negeri tubuhkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) untuk kendali dan selaraskan isu halal di negeri ini.
- Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata penubuhan ini telah dibincangkan dan dipersetujui pada 23 November lalu.
- MAHAS berperanan bincangkan dan buat keputusan berhubung isu halal, selaras tindakan membabitkan bidang kuasa agensi berkaitan produk, bahan atau makanan halal serta cadangkan langkah baharu menangani isu halal tertakluk dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang.
- “Isu kemasukan produk makanan, khususnya daging yang diragui status halalnya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan pada peringkat agensi kerajaan negeri dengan Persekutuan membabitkan bidang kuasa masing-masing,”- Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Halal Sabah (MAHAS) bagi mengendali dan menyelaraskan isu halal di negeri ini.
Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata penubuhan MAHAS telah dibincangkan dan dipersetujui pada 23 November lalu.
Beliau berkata, MAHAS berperanan membincangkan serta membuat keputusan berhubung isu halal, dan menyelaras tindakan membabitkan bidang kuasa agensi berkaitan produk, bahan atau makanan halal.
Selain itu, katanya, MAHAS berperanan mencadangkan langkah baharu menangani isu halal dengan tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang.
“Isu kemasukan produk makanan, khususnya daging yang diragui status halalnya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan pada peringkat agensi kerajaan negeri dengan Persekutuan membabitkan bidang kuasa masing-masing,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, pihaknya turut membantu industri mikro produk makanan dan minuman di Sabah menerusi Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) yang dibangunkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta SIRIM.
“Ia adalah pengiktirafan bahawa suatu produk itu halal dan selamat (toyyiban) dimakan serta digunakan, di samping mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam Islam,” katanya.
“Ia adalah pengiktirafan bahawa suatu produk itu halal dan selamat (toyyiban) dimakan serta digunakan, di samping mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam Islam,” katanya.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login