Antarabangsa
Paderi diseksa, dibunuh kerana sebar agama Kristian di Laos
Seorang paderi Kristian diseksa dan dibunuh di Laos dengan polis tempatan dan pihak berkuasa Kristian tempatan percaya ia berpunca daripada kegiatan paderi itu menyebarkan agama Kristian dan menukar agama penduduk kampung.

- Pastor Seetod ditemui mati dalam parit di jalan hutan kampung Don Keo, wilayah Khammouane pada 23 Oktober lalu.
- Penyiasat mengesahkan terdapat tanda-tanda penyeksaan yang jelas pada tubuhnya dan mayatnya hampir tidak dapat dikenalpasti kenalannya.
- Mangsa sepatutnya tiba di kampung Thakhek dua hari sebelumnya untuk tugasan mubaligh.
- Kenalan mangsa memberitahu yang mangsa pernah diugut bunuh sebelum ini kerana berkongsi kepercayaan Kristian kepada penduduk kampung.
Seorang paderi Kristian diseksa dan dibunuh di Laos dengan polis tempatan dan pihak berkuasa Kristian tempatan percaya ia berpunca daripada kegiatan paderi itu menyebarkan agama Kristian dan menukar agama penduduk kampung.
Memetik laporan Christian Daily, seorang penduduk menemui mayat Pastor Seetoud di dalam parit di jalan hutan berhampiran kampung Don Keo pada 23 Oktober lalu, dua hari selepas kehilangannya.
Penyiasat mengesahkan terdapat tanda-tanda penyeksaan yang jelas pada tubuhnya dan mayatnya hampir tidak dapat dikenalpasti kenalannya.
Mangsa merupakan seorang paderi di gereja terletak di wilayah Khammouane, Laos.
Dia sepatutnya menemui penganut Kristian di kampung Thakhek pada 20 Oktober lalu, yang terletak sekurang-kurangnya 100 kilometer dari rumahnya di kampung Done Keo, daerah Nakai.
Apabila mangsa tidak tiba di tempat pertemuan tiga jam lewat dari masa dijadualkan, 20 individu mula mencarinya.
Kenalan rapat mangsa dari kalangan pemimpin Kristian mengesyaki dia dibunuh pegawai tempatan disebabkan kerja mubalighnya.
Mereka turut mendedahkan yang mangsa sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh daripada jiran dan saudara mara yang memberitahunya tentang akibat buruk jika dia terus berkongsi kepercayaan Kristiannya dengan penduduk kampung.
Mangsa yang merupakan paderi Gereja Evangelical Lao (LEC), meninggalkan seorang balu dan lapan anak.
Sumber: Christian Daily
