Connect with us

Terkini

Manifesto BN: Pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak B40

Barisan Nasional (BN) akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada semua anak-anak dalam kalangan B40. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto itu merupakan sebahagian usaha serius parti berkenaan untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Manifesto BN: Pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak B40
  • Sekiranya diberikan mandat untuk memerintah negara, manifesto BN terutama berkenaan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak B40 akan direalisasikan.
  • Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha serius itu dapat membasmi kemiskinan dalam jangka masa panjang.
  • Selain yuran percuma, BN juga menawarkan sistem pengajian anjal kepada mahasiswa UA dan IPTA di mana 50 peratus pengajian dijalankan secara dalam talian dan 50 peratus secara bersemuka.
  • “Malah, selepas ini bagi menghapuskan eksploitasi, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali atau internship akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan,” tambah Ahmad Zahid yang menyedari pendidikan merupakan senjata ampuh memerangi kesenjangan kehidupan.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada semua anak-anak dalam kalangan B40. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto itu merupakan sebahagian usaha serius parti berkenaan untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang. 

“Selain pengajian tinggi tanpa yuran kepada semua individu dari kelompok B40. Universiti awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini akan menawarkan sistem pengajian anjal,” katanya.

Sistem tersebut, jelasnya, akan diwujudkan di mana 50 peratus pengajian di dalam kampus dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau pengajian jarak jauh.

Presiden UMNO itu berkata, manifesto itu akan sekaligus mengurangkan biaya sehingga separuh kos pengajian. 

“Malah, selepas ini bagi menghapuskan eksploitasi, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali atau internship akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan,” tambahnya.

Baginya, perkara-perkara itu diusahakan kerana menyedari pendidikan bukan sahaja pertahanan terbaik malah, senjata ampuh dalam memerangi kekurangan serta kesenjangan kehidupan. 

Semua ini akan direalisasikan sekiranya BN diberikan mandat untuk memerintah negara di mana keputusannya akan diketahui pada 19 November ini.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *