Terkini
Kemukakan gabungan parti dan calon PM sebelum 2.30 petang esok – YDPA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.30 petang Isnin.

- Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menitahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun supaya bekerjasama dengan ketua-ketua parti untuk mendapatkan keputusan tersebut.
SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.30 petang Isnin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menitahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun supaya bekerjasama dengan ketua-ketua parti untuk mendapatkan keputusan tersebut.
“Negara telah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang telah berlangsung semalam (19 November 2022), daripada Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia pada jam 1.15 tengah hari, hari ini.
“Dokumen yang telah dikemukakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sumber : Sinar Harian

You must be logged in to post a comment Login