Connect with us

Antarabangsa

Jadi mangsa seksual, sisi gelap budaya Geisha di Jepun

Siapa sangka di sebalik keindahan kimono dan dandanan seorang geisha yang menghibur orang ramai termasuk pelancong dengan seni persembahan tradisional Jepun, tersingkap seribu rahsia melibatkan serangan seksual, kemurungan dan cubaan membunuh diri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jadi mangsa seksual, sisi gelap budaya Geisha di Jepun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kiyoha Kiritaka, 23, berkongsi di Twitter mengenai pengalamannya sebagai maiko (perantis geisha) di daerah Pontocho, Kyoto ketika dia berusia 16 tahun.
  • “Saya menghadapi gangguan seksual di mana pelanggan akan menyeluk  kimono saya untuk menyentuh payudara dan kelangkang saya,” – Kiyoha Kiritaka
  • Okasan (ketua rumah geisha) pernah mencadangkan untuk menjual keperawanannya pada harga 50 juta yen (RM 164,6087.38) tanpa sesen pun akan diberi padanya.
  • Pendedahan itu dilakukan kerana dia tidak sanggup melihat gadis dalam industri itu terus cuba membunuh diri dan mengalami kemurungan.
  • “Apa yang saya alami ialah pemerdagangan manusia dan prejudis lelaki. Saya ingin bertanya kepada semua orang sama ada mereka masih mengagumi para maiko selepas mendengar kisah saya,” – Kiyoha Kiritaka

 

Siapa sangka di sebalik keindahan kimono dan dandanan seorang geisha yang menghibur orang ramai termasuk pelancong dengan seni persembahan tradisional Jepun, tersingkap seribu rahsia melibatkan serangan seksual, kemurungan dan cubaan membunuh diri.

Menurut laporan South China Morning Post, ciapan yang tular di Twitter oleh bekas maiko (perantis geisha) mendedahkan sisi gelap budaya berusia berabad-abad lamanya di negara matahari terbit itu.

Kiyoha Kiritaka, 23, berkongsi pengalamannya sebagai maiko di daerah Pontocho, Kyoto, ketika dia berusia 16 tahun

Maiko, yang biasanya berumur antara 15 hingga 20 tahun, akan belajar menyanyi dan menari serta bermain alat muzik tradisional untuk pesta dan jamuan.

Dia berkata “saya menghadapi gangguan seksual di mana pelanggan akan menyeluk  kimono saya untuk menyentuh payudara dan kelangkang saya”.

Apabila dia mengadu perkara itu kepada ketua rumah geisha digelar okasan (ibu), dia sebaliknya dimarahi dan dipersalahkan.

Dalam ciapannya yang diulang ciap dan menerima tanda suka lebih setengah juta kali, Kiritaka mendakwa sering dipaksa minum arak yang banyak meskipun undang-undang Jepun hanya membenarkan umur minima 20 tahun bagi pengambilan alkohol.

Dia juga pernah dipaksa untuk mandi bersama pelanggan, namun berjaya melarikan diri.

Kiritaka mendakwa dia hampir tidak mendapat perlindungan daripada okasannya di okiya (rumah geisha) sepanjang lapan bulan perkhidmatannya. 

Dia juga tidak menolak  kemungkinan dibunuh kerana membuat ciapan itu tetapi baginya tiada perubahan akan berlaku jika tiada siapa yang bersuara.

Kiritaka malah mendakwa okasannya mencadangkan kepadanya untuk menjual keperawanannya pada harga 50 juta yen (RM 164,6087.38) tanpa sesen pun akan diberi padanya.

Dakwaan itu mengejutkan ramai pihak, termasuk media Jepun dan Inggeris, memandangkan pekerjaan seks di Jepun telah diharamkan Akta Anti-Pelacuran 1956.

Tahun 2017, Kiritaka memutuskan untuk meninggalkan dunia geisha.

Kiritaka memberitahu This Week in Asia bagaimana dia tertekan dan kehidupannya sukar seketika berikutan zamannya sebagai maiko dan mengetahui yang pengalaman orang lain ternyata lebih teruk.

Dalam ciapannya dia meluahkan yang tidak sanggup melihat gadis dalam industri itu terus cuba membunuh diri dan mengalami kemurungan. Walaupun Kiritaka tidak pernah menyebut tentang rogol, namun ada individu lain yang turut bekerja di bidang itu pernah menyebutnya.

“Apa yang saya alami ialah pemerdagangan manusia dan prejudis lelaki. Saya ingin bertanya kepada semua orang sama ada mereka masih mengagumi maiko selepas mendengar kisah saya,” katanya.

Susulan ciapanya itu, ramai bekas maiko dan geisha mula menghubungi Kiritaka untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Geisha dan maiko diasingkan daripada orang awam, menjadikannya sukar atau mustahil untuk meminta bantuan,” kata Kiritaka.

Maiko biasanya memulakan latihan seawal usia 15 tahun, kebanyakannya meninggalkan keluarga untuk tinggal di okiya. 

Jadual padat menyebabkan mereka kurang rehat kerana mereka berlatih seni tradisional pada waktu siang dan bertemu pelanggan pada waktu malam, selalunya tidak tidur sebelum jam 3 pagi.

Mereka diharamkan  memiliki telefon bimbit dan komputer. Oleh itu, mereka berkomunikasi dengan dunia luar melalui talian tetap atau surat tulisan tangan. 

Tambahan pula, mereka hanya menerima sejumlah kecil daripada wang yang mereka peroleh kerana kebanyakannya disalurkan ke dana okiya.

Geisha ialah kerja wanita penghibur yang merupakan budaya istimewa di Jepun. Pada asalnya, orang ramai mendapatkan khidmat geisha untuk menikmati layanan penuh budayanya. Namun khidmat mereka  disalahguna dari semasa ke semasa.

Sumber: South China Morning Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *