Connect with us

Terkini

Angin ‘perubahan’ mula kelihatan di Sungai Buloh – KJ

SUNGAI BULOH, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yakin kehadiran memberangsangkan penduduk sepanjang tempoh seminggu berkempen membawa mesej ‘angin perubahan’, di kawasan terbabit.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Angin ‘perubahan’ mula kelihatan di Sungai Buloh - KJ
Foto: Khairy Jamaluddin, Calon Parlimen Sungai Buloh
  • “Saya terharu setelah seminggu berkempen di Sungai Buloh, ramai hadir (sertai kempen). Ini menandakan angin perubahan di Sungai Buloh.”
  • Khairy berkata beliau akan berkhidmat dengan berpegang pada motto ‘Kerja Jalan’ untuk membawa perubahan dalam pelbagai aspek di parlimen terbabit.
  • Parlimen Sungai Buloh mempunyai 160,000 pengundi dengan kira-kira 65 peratus komposisi Melayu, Cina (21 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain dua peratus.

 

SUNGAI BULOH, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yakin kehadiran memberangsangkan penduduk sepanjang tempoh seminggu berkempen membawa mesej ‘angin perubahan’, di kawasan terbabit.

 

Menteri Kesihatan itu berkata berbekalkan auranya yang tersendiri, beliau berharap pengundi Sungai Buloh akan memberinya mandat, bagi membolehkannya mewakili parlimen itu yang dikuasai parti pembangkang pada PRU14.

 

“Saya terharu setelah seminggu berkempen di Sungai Buloh, ramai hadir (sertai kempen). Ini menandakan angin perubahan di Sungai Buloh.

 

“Saya sudah jatuh cinta dengan Sungai Buloh dan tidak sabar untuk jadi Ahli Parlimen. Kalau boleh saya mahu mula berkhidmat untuk penduduk (Sungai Buloh) hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Pemimpin di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 

Khairy berkata beliau akan berkhidmat dengan berpegang pada motto ‘Kerja Jalan’ untuk membawa perubahan dalam pelbagai aspek di parlimen terbabit.

 

“Saya sudah kerja kuat sebagai Menteri Kesihatan. Dan saya akan kerja kuat di Sungai Buloh juga. Tolong jangan sia-siakan peluang ini, apabila BN letak saya sebagai calon di sini untuk bawa perubahan. Anda perlukan seseorang untuk mewakili kami,” katanya sambil diiringi laungan KJ for SB (Khairy Jamaluddin untuk Sungai Buld) oleh ribuan penduduk yang hadir.

 

Parlimen Sungai Buloh mempunyai 160,000 pengundi dengan kira-kira 65 peratus komposisi Melayu, Cina (21 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain dua peratus.

 

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN menyifatkan Khairy sebagai ‘pembawa perubahan’ yang dipertaruhkan BN, untuk membawa perubahan dan menarik pengundi muda di parlimen itu.

 

“Kita perlukan ‘game changer’ khususnya dalam dunia politik. Kalau ‘stagnant’, tiada perubahan nanti rakyat khususnya generasi muda akan letih dan akhirnya hilang minat mengikuti perkembangan semasa,” katanya.

 

Hishammuddin yang merupakan calon Parlimen Sembrong berkata kegigihan Khairy sebagai Menteri Kesihatan, membuktikan kesungguhan beliau terhadap tanggungjawab yang diamanahkan ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

 

“Saya kenal KJ 20 tahun. Dia seorang yang kuat bekerja. Beliau seorang pemimpin yang boleh melaksanakan tugas itu. Berat tugas macam mana sekali pun, dia akan usahakan,” katanya.

 

Pada PRU15 ini, Khairy akan ditentang enam calon iaitu Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri,

Sumber : BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *