Antarabangsa
[VIDEO] Piala Dunia 2022: Peminat bola sepak LGBT perlu hormat tuan rumah – Menteri Luar Britain
Peminat bola sepak LGBT yang akan hadir menyaksikan Piala Dunia di Qatar harus menunjukkan rasa hormat kepada negara tuan rumah.
Peminat bola sepak LGBT yang akan hadir menyaksikan Piala Dunia di Qatar harus menunjukkan rasa hormat kepada negara tuan rumah.
Perkara itu ditegaskan Menteri Luar Britain, James Cleverly dalam temubual dengan LBC Rabu lalu.
Cleverly berkata peminat bola sepak dari England dan Wales seharusnya menghormati tuan rumah di mana aktiviti seks sesama jenis adalah salah di sisi undang-undang Qatar.
Ketika ditanya mengenai kesaksamaan LGBT di Qatar dalam temuramah berasingan dengan Sky News, Menteri Luar Britain itu berkata, “negara itu ialah negara Islam, mereka mempunyai titik permulaan budaya sangat berbeza dari kita. Saya fikir sangat penting bagi seorang pelawat untuk menghormati budaya negara dikunjungi”.
Terdahulu, kumpulan LGBT mengkritik keputusan untuk mengadakan kejohanan Piala Dunia di Qatar, sebuah negara yang tidak membenarkan homoseksualiti dengan pelakunya boleh dihukum mati.
Banyak pihak dari komuniti LGBT mendesak Cleverly untuk tidak menghadiri Piala Dunia sebagai tanda membantah undang-undang Qatar yang dikatakan “mendiskriminasi” komuniti songsang mereka.
Bagaimanapun, Cleverly menegaskan yang dia tetap akan menghadiri kejohanan itu kerana Britain perlu menjaga hubungan baik dengan negara-negara Timur Tengah.
Sumber: BBC