Connect with us

Terkini

Pembubaran Parlimen: Bajet 2023 bukan pembentangan sia-sia – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lepas bukan satu perkara sia-sia walaupun pembubaran Parlimen diumumkan kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Pembubaran Parlimen: Bajet 2023 bukan pembentangan sia-sia - Khairy Jamaluddin
Foto: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
  • Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Bajet 2023  dibentangkan Jumaat lepas bukan satu perkara sia-sia.
  • Belanjawan itu adalah komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan dibawa ke Dewan Rakyat selepas PRU-15.
  • Belanjawan itu akan dibawa semula sekiranya BN mendapat mandat daripada rakyat.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Bajet 2023 yang dibentangkan Jumaat lepas bukan satu perkara sia-sia walaupun pembubaran Parlimen diumumkan kelmarin.

Beliau berkata, belanjawan itu adalah komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan dibawa semula ke persidangan Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya BN memerintah semula.

“Saya tidak anggap ia sia-sia sebaliknya ia adalah apa yang akan dibawa semula ke Dewan Rakyat selepas PRU nanti sekiranya mandat diberikan semula kepada Datuk Seri Ismail Sabri.

“Jadi rakyat tahu bahawa inilah yang akan dibawa semula oleh Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi BN sekiranya mendapat mandat daripada rakyat.

“Semua yang ada dalam pembentangan Menteri Kewangan itu adalah perbelanjaan yang sudah diperuntuk. Ia bukan manifesto berdasarkan janji-janji yang tidak diperuntuk, itu beza antara belanjawan dan manifesto,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Seminar Pengurusan Bencana dan Pelancaran Buku ‘An Overview of Disaster Life Support In Disaster Management’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan pembentangan Bajet 2023 hanya sia-sia apabila Parlimen dibubar sebelum ia diluluskan. 

Sumber: Bernama 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending