Antarabangsa
Majoriti ateis cenderung berbuat jahat daripada orang beragama
Kajian Nature Human Behaviour yang dijalankan pada 2017 menerusi topik ‘Bukti global tentang prasangka moral intuitif ekstrim terhadap Ateis’ mendapati majoriti ateis lebih banyak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral berbanding mereka yang beragama.

- Ia hasil kajian Nature Human Behaviour yang dijalankan pada 2017 menerusi topik ‘Bukti global tentang prasangka moral intuitif ekstrim terhadap ateis’.
- Kajian itu mendapati ateis lebih cenderung dikaitkan dengan pembunuhan bersiri secara intuitif berbanding mereka beragama.
- Kajian tambahan mendapati orang ramai secara intuitif menganggap paderi yang mencabul budak lelaki berkemungkinan seorang paderi yang tidak percaya kepada Tuhan daripada paderi yang percaya kepada Tuhan.
- Golongan ateis sering dikaitkan atas kesalahan pelanggaran moral kecil seperti tidak membayar makanan ketika makan di restoran.
- Ia menunjukkan di seluruh dunia, kepercayaan agama secara intuitifnya adalah perlindungan diperlukan untuk mengawal tingkah laku yang tidak bermoral.
Kajian Nature Human Behaviour yang dijalankan pada 2017 menerusi topik ‘Bukti global tentang prasangka moral intuitif ekstrim terhadap Ateis’ mendapati majoriti ateis lebih banyak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral berbanding mereka yang beragama.
Kajian terbabit melibatkan 13 negara di lima benua yang terdiri daripada negara sekular seperti China dan Belanda serta negara dengan sejumlah besar penganut yang percaya pada Tuhan seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan India.
Populasi negara berkenaan kebanyakannya beragama Buddha, Kristian, Hindu, Islam atau tidak beragama.
Malah kajian itu mendapati ateis lebih cenderung dikaitkan dengan pembunuhan bersiri secara intuitif berbanding mereka yang mempunyai pegangan agama.
Intuitif merujuk kepada kesedaran seseorang individu berdasarkan gerak hati, bukan berfikir.
Menurut kajian itu, individu lebih cenderung menganggap pencetus kejahatan moral adalah seseorang yang tidak percaya kepada Tuhan daripada seseorang yang tidak percaya kepada evolusi, ketepatan horoskop, keselamatan vaksin atau realiti pemanasan global.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian orang ramai secara intuitif mengaitkan pelanggaran moral tertentu, seperti pencabulan kanak-kanak dengan individu beragama dan bukannya dengan ateis.
Namun kajian tambahan mendapati orang ramai secara intuitif menganggap paderi yang mencabul budak lelaki berkemungkinan seorang paderi yang tidak percaya kepada Tuhan daripada paderi yang percaya kepada Tuhan.
Bahkan, golongan ateis juga sering dikaitkan atas kesalahan pelanggaran moral kecil seperti tidak membayar makanan ketika makan di restoran berbanding mereka yang beriman/beragama.
Hal ini dinilai apabila, hasil kajian prasangka moral menggunakan tindakan kejam seperti penyiksaan haiwan, pembunuhan bersiri dan pencacatan (mutilation), didapati ateis tetap dikaitkan dengan kejahatan moral.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa di seluruh dunia, kepercayaan agama secara intuitifnya adalah perlindungan yang diperlukan untuk mengawal tingkah laku yang tidak bermoral.
Ini berikutan, ateis secara umum dianggap berpotensi rosak moral dan berbahaya. Justeru, orang menganggap kepercayaan kepada tuhan sebagai penampan untuk menghalang tingkah laku tidak bermoral.
