Connect with us

Antarabangsa

Bekas paderi Anglikan didakwa meliwat kanak-kanak lelaki

Seorang bekas paderi Anglikan yang sudah dikenakan hukuman penjara kerana meliwat kanak-kanak di Ontario sekali lagi didakwa melakukan penderaan seksual kali ini melibatkan dua kanak-kanak lelaki di Yukon, Kanada pada tahun 80an.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bekas paderi Anglikan didakwa meliwat kanak-kanak lelaki
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang bekas paderi Anglikan didakwa melakukan penderaan seksual dua kanak-kanak lelaki di Yukon, Kanada pada tahun 80an.
  • Insiden itu didakwa melibatkan dua mangsa dan berlaku di Whitehorse pada 1983 dan 1987.
  • Norton kini menjalani hukuman penjara sembilan tahun di Bath Institution di Ontario selepas didapati bersalah pada 2018.
  • Norton dijadual membuat penampilan seterusnya di Mahkamah Yukon pada November depan.

Seorang bekas paderi Anglikan yang sudah dikenakan hukuman penjara kerana meliwat kanak-kanak di Ontario sekali lagi didakwa melakukan penderaan seksual kali ini melibatkan dua kanak-kanak lelaki di Yukon, Kanada pada tahun 80an.

David Norton, 76, membuat penampilan pertamanya di Mahkamah Whitehorse atas empat pertuduhan membabitkan serangan seksual dan dua pertuduhan melakukan sentuhan seksual terhadap mangsa di bawah umur 16 tahun, lapor CBC. 

Insiden itu didakwa melibatkan dua mangsa dan berlaku di Whitehorse pada 1983 dan 1987

Norton kini menjalani hukuman penjara sembilan tahun di Bath Institution di Ontario selepas didapati bersalah pada 2018 kerana melakukan penderaan seksual terhadap empat budak lelaki dari Chippewas of the Thames First Nation.

Dia melakukan serangan seksual terhadap mangsa ketika berkhidmat sebagai paderi di  Gereja Anglikan St. Andrew pada 1977 dan didakwa mendera mangsa pada akhir 70an dan awal 80an

Norton juga mengaku bersalah pada 2018 kerana meliwat seorang lagi budak lelaki di Ontario antara 1991 dan 1995 serta dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Norton dijadual membuat penampilan seterusnya di Mahkamah Yukon pada November depan.

Selain menjadi paderi, Norton merupakan seorang profesor sejarah di King’s University College berpangkalan di London, Ontario, dan mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Sejarah Asli. Dia telah diberi cuti daripada jawatannya apabila didakwa pertama kali melakukan serangan seksual pada 2015 dan kemudian meletak jawatan.

Sumber: CBC

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *