Antarabangsa
R.I.P tak cerminkan penganut Protestan, kepercayaan karut ajaran Katolik
Orange Order menasihatkan ahlinya dan semua individu yang menganggap diri mereka Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) bagi menzahirkan simpati terhadap seseorang yang meninggal dunia kerana tindakan itu tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik.
- Orange Order menasihatkan ahlinya dan penganut Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) kepada individu meninggal dunia.
- Ungkapan R.I.P tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik.
- Ucapan R.I.P itu juga ‘menggambarkan kekeliruan rohani dalam kalangan pengikut Protestan’.
- “Dari sudut pandangan Protestan, kami percaya bahawa apabila kematian datang seseorang itu, sama ada pergi bersama Kristus untuk selama-lamanya, atau ke dalam neraka, itulah yang kami percaya dalam kitab Injil,” kata Setiausaha Evangelical Protestants Ireland Utara, Wallace Thompson.
IRELAND – Orange Order menasihatkan ahlinya dan semua individu yang menganggap diri mereka Protestan berhenti menggunakan frasa Rest In Peace (R.I.P) bagi menzahirkan simpati terhadap seseorang yang meninggal dunia kerana tindakan itu tidak mencerminkan penganut Protestan, tidak mengikut kitab dan kepercayaan karut dalam ajaran Katolik.
Orange Order adalah pertubuhan politik Protestan dari Ireland Utara.
Menurut artikel The Orange Standard, akhbar pertubuhan Protestan yang berpusat di Ireland Utara berkata, ungkapan R.I.P ‘menggambarkan kekeliruan rohani dalam kalangan pengikut Protestan’.
Menyedari peningkatan penggunaan RIP, singkatan daripada frasa Latin ‘requiescat in pace’, atau ‘rest in peace’ di media sosial, Setiausaha Evangelical Protestants Ireland Utara, Wallace Thompson berkata, “saya sedar ini adalah isu sensitif kerana kita menggunakan ungkapan itu ketika ada kematian,” katanya dalam laporan The Guardian pada 2017.
“Hanya dengan pemerhatian di media sosial, kami dapati RIP banyak digunakan penganut Protestan dan Protestan Evangelis,” katanya.
Thompson, yang juga menulis catatan Facebook mengenai isu itu berkata, dia menganggap RIP sebagai doa untuk si mati, dan tidak menggalakkan penggunaannya.
“Dari sudut pandangan Protestan, kami percaya bahawa, apabila kematian itu datang seseorang sama ada pergi bersama Kristus untuk selama-lamanya, atau ke dalam neraka, itulah yang kami percaya dalam kitab Injil,” kata Thompson.
Sumber: The Guardian