Terkini
Laporan terkini perbicaraan Ebit Lew
Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tenom hari ini berhubung tuduhan kes gangguan seksual yang dihadapinya selepas pertuduhan dibacakan.

TENOM – Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tenom hari ini berhubung tuduhan kes gangguan seksual yang dihadapinya selepas pertuduhan dibacakan.
Pendakwa raya mengingatkan Mahkamah berkenaan perintah gag order (perintah larangan) yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini bagi melindungi identiti mangsa.
Mahkamah Majistret Tenom ditangguhkan sementara waktu.
Perbicaraan bersambung.
10.48 pagi – Mohd Fairuz Bin Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al Jengkawi dipanggil sebagai saksi pendakwa raya yang pertama.
Fairuz diminta untuk mengecam mangsa yang menghubunginya untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa hadir bersama suaminya bagi menyokong isterinya.
Suami mangsa juga akan menjadi saksi pendakwa raya.
11.04 pagi – Saksi (Fairuz) sedang beri kenyataan dan peguam defenden mencelah agar jangan beri kenyataan umum.
“Ramai lagi yang akan menjadi mangsa kalau tidak buat report,” saksi
Hakim hanya mendengar.
Pendakwa raya mengatakan tidak mengapa kerana itu dialog dan kenyataan jujur saksi kepada mangsa.
11.22 pagi – Saksi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada 26 Julai 2021 dia telah berkongsi di Facebook miliknya berhubung seorang pendakwah selebriti yang telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
“Dalam perkongsian di Facebook itu, saya mencadangkan kepada wanita lain yang menjadi mangsa supaya menghubunginya untuk dibantu dari segi kaunseling, psikologi dan juga membantu mereka melaporkan kepada pihak polis,” katanya.
11.30 pagi – Berikutan hantaran itu, beliau menerima berpuluh mesej termasuk seorang mangsa wanita yang menghubunginya pada jam 11.43 malam 27 Julai 2021 yang mengadu menjadi mangsa Ebit Lew.
3.08 petang – Saksi memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan polis dibuat di Bukit Aman susulan tujuan melindungi mangsa.
“Saya tahu kerana wanita itu memberitahu saya Tenom ini kecil dan ramai orang boleh tahu bila beliau buat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk keselamatan beliau,”
3.19 petang – Mohd Fairuz dalam pemeriksaan balas seterusnya bersetuju bahawa dia dan Firdaus Wong yang mengatur wanita itu ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.
Perbicaraan pendakwah ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Rabu.

You must be logged in to post a comment Login