Connect with us

Terkini

“Belajar tentang agama anda sebelum komen tentang Islam,” – Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong menyelar komen yang memburukkan dan menjatuhkan imej Islam selain menegaskan penganut Kristian juga dilarang menggunakan ungkapan Rest In Peace (R.I.P)  ke atas orang bukan Kristian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Belajar tentang agama anda sebelum komen tentang Islam,” - Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong.
  • Menerusi hantaran Facebook BFM Radio berkenaan laporan penggunaan ucapan R.I.P, ruangan komennya dipenuhi pelbagai pandangan negatif sehingga ada yang menyangkal larangan ke atas umat Islam menggunakan ungkapan R.I.P.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong tampir selar komen yang memburukkan dan menjatuhkan imej Islam selain menegaskan penganut Kristian juga dilarang menggunakan ungkapan itu ke atas orang bukan Kristian.
  • “Bagi mereka yang Kristian di sini mengulas (mengutuk) Islam & Muslim, tidakkah anda tahu bahawa Kristian pun tidak dibenarkan mengucapkan RIP kepada bukan Kristian?,” – Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong menyelar komen yang memburukkan dan menjatuhkan imej Islam selain menegaskan penganut Kristian juga dilarang menggunakan ungkapan Rest In Peace (R.I.P)  ke atas orang bukan Kristian.

Ia susulan hantaran Facebook BFM Radio berkenaan laporan penggunaan ucapan R.I.P, ruangan komennya dipenuhi pelbagai pandangan negatif sehingga ada menyangkal larangan ke atas umat Islam menggunakan ungkapan R.I.P.

Firdaus tampil memberikan komen di hantaran Facebook itu bagi menyelar tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan penggunaan ungkapan itu bagi umat Islam.

“Begitu ramai pakar Islam di sini mengulas tentang Islam. Apakah kaitan dengan keputusan ini dengan kamu semua yang belum beragama Islam atau kamu lebih suka saya memanggil kamu sebagai kafir seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran?

“Bagi mereka yang Kristian di sini mengulas (mengutuk) Islam & Muslim, tidakkah anda tahu bahawa Kristian pun tidak dibenarkan mengucapkan RIP kepada bukan Kristian?

“Untuk anda yang lain, belajar tentang agama anda sendiri sebelum komen tentang Islam,” tegasnya menerusi ruangan komen di Facebook BFM itu. 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dilaporkan berkata seseorang Muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas. 

Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” itu merupakan doa yang dibacakan orang bukan Islam.

“Islam sangat menghormati kematian manusia di mana sunnah bagi orang Muslim untuk mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam,” kata pejabat mufti berkenaan.

Sumber: Facebook BFM Radio 

 

Author