Connect with us

Terkini

Bajet 2023: TVET wajar diberi perhatian – Naib Canselor UiTM

Kerajaan diharap dapat menyalurkan peruntukan lebih besar terhadap sektor pendidikan dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: TVET wajar diberi perhatian - Naib Canselor UiTM
Foto: Majlis Perasmian Penutup dan Makan Malam Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasiswi Kebangsaan di UiTM Puncak Alam, sumber Sinar Harian.
  • Kerajaan diharap dapat menyalurkan peruntukan lebih besar terhadap sektor pendidikan dalam pembentangan Belanjawan 2023.
  • Agenda pendidikan perlu diperkasa dan diberi tumpuan khusus bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.
  • Ia susulan peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara penting dalam memberi tumpuan terhadap sektor pendidikan.
  • “Sebenarnya peratusan pendidikan tidak tinggi iaitu hanya empat peratus daripada GDP, malah di peringkat institusi pengajian tinggi hanya 0.9 peratus sahaja dan ia sangat rendah,” – Naib Canselor UiTM.
  • Negara perlu melihat beberapa negara maju lain seperti Korea Selatan dan Singapura bagi meningkatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

KUALA SELANGOR – Kerajaan diharap dapat menyalurkan peruntukan lebih besar terhadap sektor pendidikan dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, agenda pendidikan perlu diperkasa dan diberi tumpuan khusus bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Malah, katanya, beliau sendiri diberi tugasan Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melihat sendiri peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara dalam memberi tumpuan terhadap sektor pendidikan.

“Baginda (Al-Sultan Abdullah) bertanya perkara ini (peratusan GDP sektor pendidikan) semasa Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 baru-baru ini.

“Sebenarnya peratusan pendidikan tidak tinggi iaitu hanya empat peratus daripada GDP, malah di peringkat institusi pengajian tinggi hanya 0.9 peratus sahaja dan ia sangat rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup dan Makan Malam Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Mahasiswi Kebangsaan di Dewan Serbaguna UiTM Puncak Alam di sini pada malam Rabu.

Roziah berkata, negara perlu melihat beberapa negara maju lain seperti Korea Selatan dan Singapura yang memberi tumpuan bukan sahaja dalam konteks kajian penyelidikan di peringkat universiti malah meningkatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ujar beliau, keupayaan belia dalam bidang TVET amat penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Sebagai contoh kita boleh melihat negara seperti Jerman dan Finland mereka berbelanja lebih dari segi membeli peralatan dan perkakasan untuk peningkatan dalam bidang TVET,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pembentukan sesebuah negara maju memerlukan perbelanjaan tinggi selain tumpuan berterusan diberikan dalam sektor pendidikan negara.

“Jika kita hendak bentuk negara 30 tahun akan datang, kita kena berbelanja daripada sekarang, kalau kita tidak melabur dalam bidang pendidikan, pastinya kita berdepan cabaran sukar pada waktu itu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending