Connect with us

Terkini

Pendakwaan tarik balik mohon hakim utamakan kes Ahmad Zahid

Pihak pendakwaan telah menarik balik surat yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa supaya memberikan keutamaan kepada kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Pendakwaan tarik balik mohon hakim utamakan kes Ahmad Zahid
Foto: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sumber Bernama.
  • Ia melibatkan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • “Tiada siapa boleh menentukan kes mahkamah yang mana perlu diberi keutamaan,” – Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
  • Peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata surat itu boleh ditafsirkan sebagai memberi tekanan kepada mahkamah.
  • “Kami berharap perbicaraan ini akan dijalankan mengikut kedaulatan undang-undang.”
  • Perbicaraan bersambung dengan Ahmad Zahid memberi keterangan membela diri hari ini (Selasa).

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan telah menarik balik surat yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa supaya memberikan keutamaan kepada kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob berkata demikian ketika prosiding kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Abdul Malik berkata, susulan penarikan semula surat berkenaan, ini memberi makna bahawa perkara itu sudah selesai.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudiannya berkata, tiada siapa yang boleh menentukan kes mahkamah yang mana perlu diberi keutamaan.

“Tiada pihak boleh arahkan mahkamah untuk utamakan sesuatu kes yang sedang dibicarakan maka prosiding akan dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, surat itu boleh ditafsirkan sebagai memberi tekanan kepada mahkamah.

“Kami berharap perbicaraan ini akan dijalankan mengikut kedaulatan undang-undang,” katanya.

Pada Selasa, tular satu surat tertera nama dan ditandatangani Abdul Malik kepada Setiausaha Sequerah, melalui ciapan sebuah akaun Twitter.

Surat itu menyatakan Abdul Malik diarahkan membuat permohonan kepada hakim Mahkamah Tinggi supaya memberi keutamaan kepada kes Ahmad Zahid, mengatasi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan dibuat bagi membolehkan perbicaraan kes yang berada di peringkat pembelaan diselesaikan dengan segera.

Pemilik akaun itu mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan surat berkenaan.

Dia itu turut mendesak AGC supaya memberi maklum balas mengenai perkara tersebut.

Perbicaraan bersambung dengan Ahmad Zahid memberi keterangan membela diri.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending