Connect with us

Terkini

Pekerja muslim dalam perkhidmatan arak, dasar penggajian yang lebih jelas perlu dirangka kerajaan – Pakar Perlembagaan

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, menyokong ketiga-tiga orang mufti yang menyatakan perlunya kita lihat balik ataupun uruskan semula berkenaan pekerjaan melibatkan arak bagi orang-orang Islam, semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Pekerja muslim dalam perkhidmatan arak
Foto: Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berpandangan satu dasar yang jelas dari undang-undang berkaitan dengan penggajian atau employment wajar dikeluarkan oleh pihak berwajib.
  • Rundingan tertentu juga perlu dianjurkan bersama majikan untuk membolehkan muslim itu mentaati peruntukan undang-undang yang berkaitan agama dia.
  • Prof Datuk Dr turut menyokong ketiga-tiga mufti yang menyatakan perlunya kita lihat balik ataupun uruskan semula berkenaan pekerjaan melibatkan arak bagi orang-orang Islam, semalam.

KUALA LUMPUR – Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, menyokong ketiga-tiga orang mufti yang menyatakan perlunya kita lihat balik ataupun uruskan semula berkenaan pekerjaan melibatkan arak bagi orang-orang Islam, semalam.

Katanya, perundangan berkenaan peraturan arak sudah jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan minum arak bahkan untuk menjualnya juga tidak boleh.

Bagaimanapun, permasalahan berlaku apabila wujud golongan pekerja Islam seperti cashier yang menjaga kaunter menjual arak sedangkan mereka termasuk dalam sepuluh kategori golongan dilaknat kerana terlibat dengan arak.

“Cuma menjadi masalah sekarang ialah pekerja-pekerja seperti orang menjadi cashier itukan termasuk dalam sepuluh kategori yang perlu menghindar arak kerana semua itu dalam konteks Islam memang tak boleh.

Jadi inilah kita harus  berikan perhatian. 

Makanya, pekerjaan-pekerjaan seperti itu perlu dielakkan oleh orang Islam dan para majikan juga perlu memberi perhatian tentang kedudukan agama itu sebelum meletakkan tugasan,” katanya yang menegaskan majikan perlu lebih sensitif berkenaan kedudukan orang Islam dalam hal ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan orang Islam tidak dibenarkan duduk di kaunter menjual arak, tidak dibenarkan menghidang arak kerana ianya bercanggah dengan undang-undang syariah yang sedang berkuatkuasa.

Justeru, satu dasar yang jelas dari undang-undang berkaitan dengan penggajian atau employment wajar dikeluarkan oleh pihak berwajib.

Rundingan-rundingan tertentu perlu dianjurkan bersama majikan untuk membolehkan orang Islam itu mentaati peruntukan undang-undang yang berkaitan agama dia.

Katanya, kita patut merasakan ini bukan sekadar berbentuk undang-undang tetapi ianya juga berbentuk pendidikan kepada masyarakat dan pihak majikan.

Tambahnya, sebagai masyarakat Islam sendiri seharusnya mereka sedar perbuatan melibatkan diri dalam sebarang kaitan dengan minuman keras adalah salah justeru tidak perlulah menunggu penguatkuasaan daripada penguatkuasa dahulu baru ingin sedar. 

“Jadi undang-undang itu sebenarnya bukan kata pelaksanaannya bila pihak berkuasa melaksana.

Kita juga harus tahu bahawa benda itu salah jadi, rakyat tak perlu tunggu kena tangkap ke, polis buat penguatkuasaan, agama buat penguatkuasaan undang-undang ke.

Dari segi undang-undang itu memang ada tapi penguatkuasaan itu lebih kepada self-discipline dan lagi satu kita perlu membuat rundingan-rundingan dengan majikanlah,” katanya hari ini.

Semalam, tiga orang mufti menggesa dan mewajibkan kerajaan untuk mengharamkan penglibatan pekerja Islam dalam  urusan penjualan atau perkhidmatan minuman keras.

Author

Terkini

Kandungan provokatif di media sosial meningkat ketara – MCMC

Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
  • “Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan MCMC hari ini.
  • MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35,490 kandungan provokatif telah diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan melibatkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi telah diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R telah diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat jelik dan mengancam merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, menurut MCMC.

Menurut MCMC, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan sebarang penyebaran kandungan provokatif yang melampau di media sosial.

MCMC mengingatkan semua pihak supaya menghentikan hantaran provokasi dan elak daripada menulis komen-komen yang bersifat provokatif dan 3R di media sosial. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending