Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Gujerat bebaskan 11 lelaki Hindu rogol seorang wanita Islam, bunuh tujuh ahli keluarganya

11 lelaki Hindu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merogol seorang wanita Islam pada 2002 dan membunuh tujuh ahli keluarganya telah dibebaskan dari penjara di India. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Gujerat bebaskan 11 lelaki Hindu rogol seorang wanita Islam
Foto: Sumber Reuters.
  • 11 lelaki Hindu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merogol seorang wanita Islam pada 2002 dan membunuh tujuh ahli keluarganya, termasuk anak perempuan mangsa berusia tiga tahun, telah dibebaskan dari penjara di India. 
  • Jenayah rogol itu berlaku semasa rusuhan di negeri Gujarat yang ketika itu diketuai Narendra Modi. 
  • Lelaki-lelaki Hindu itu, yang juga disabitkan membunuh tujuh daripada keluarga wanita itu, dibebaskan pada Isnin di bawah undang-undang yang membenarkan banduan mendapatkan pengampunan selepas 14 tahun dipenjarakan.
  • Aktivis dan ahli politik India mengecam keputusan mahkamah di negeri Gujarat di barat India untuk membebaskan 11 lelaki terbabit.

11 lelaki Hindu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merogol seorang wanita Islam pada 2002 dan membunuh tujuh ahli keluarganya telah dibebaskan dari penjara di India. 

Jenayah rogol itu berlaku semasa rusuhan di negeri Gujarat yang ketika itu diketuai Narendra Modi. 

DW News melaporkan aktivis dan ahli politik India mengecam keputusan mahkamah di Gujarat di barat India itu kerana membebaskan 11 lelaki terbabit.

Lelaki-lelaki Hindu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan juga disabitkan kesalahan membunuh tujuh ahli keluarga mangsanya, dibebaskan pada Isnin di bawah undang-undang yang membenarkan banduan mendapat pengampunan selepas 14 tahun dipenjarakan, kata pegawai.

Ketika rusuhan Hindu-Muslim berlaku pada 2002, Perdana Menteri India Narendra Modi merupakan Ketua Menteri Gujerat.

Kini Modi adalah ketua kerajaan nasionalis Hindu negara dengan ramai menuduhnya mencetuskan perpecahan agama. 

Pembebasan itu juga menimbulkan persoalan mengenai pendirian kerajaan terhadap wanita di negara itu yang sememangnya terkenal dengan isu keganasan kepada golongan wanita. 

11 lelaki terbabit juga disabitkan kesalahan kerana membunuh anak perempuan mangsa yang berusia tiga tahun.

Rusuhan di Gujerat pada 2002 disifatkan sebagai rusuhan agama terburuk di negara majoriti Hindu itu.

Keganasan yang tercetus ekoran kematian 60 penganut Hindu dalam insiden keretapi yang terbakar, didakwa dilakukan ekstremis Muslim, yang sehingga kini masih belum dibuktikan mana-mana pihak. Lebih 1,000 mangsa, majoritinya Muslim, terbunuh dalam insiden rusuhan itu.

Sumber: DW News

Author